Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Tuesday, October 9, 2012

Wanita Dan Bra.

Hye semua..,.!!!! opss! Assalamualaikum.. Hari ni aku nak cakap sikit pasal Wanita and Bra. BRA???

"psss.. 
Lelaki semua, walaupun tajuk i ni pasal WANITA DAN BRA.. uollssss perlu tau jugak tau. Sebab nanti uolls pasti akan kahwen dan pasti perlu paham sendiri owkeyhhhh! "

HAHAHAHAHHAHA! 

Sebenarnye, bila berkaitan dengan isu bra and seluar kecik tenonet tuh.. pasti  menjadi sensitiviti kaum iollss. Tapi ada benda yang perlu kita open minded untuk mengetahui sesuatu isu yang kita tak pernah alami. I mean, u laaa lelaki.. sebab, uollssss kan tak pakai bra. Weollsss yang pakai. EYH! ape aku merepek ni. Okeyh berbalik pada tajuk. aku nak bagi tips kat remaja perempuan bagaimana nak beli bra. 

KENAPA? takkan la tak reti nak beli cam ner kan...

Bra mempunyai ukur lilit dia sendiri, kalau kau tak bijak nak beli. Maka kau bakal lah salah beli kan. Kang sesuka ati mintak saiz tu ini, Kau pakai pakai, AMBIKKK kau.. tak muat! terlondeh! jangan tercicir sudehhhh. Ala jangan memalu. Aku masa budak-budak dulu pong malu do nak beli alah ni. Terpegang benda alah ni kat mall pong aku terkejut. Yolaaaa, kalau dah susun membukit, mau tak rasa mcm pegang orang punya. Aku ini udoh la sorang anak pompuan, tak tahu nak rujuk kat saper. Orang lain at least ade akk or adik yang boleh teman and share. Takkan aku nak ajak abang beli bra kannnn. Mujur lahhh, aku ada ibu yang memahami aku. Dia lah yang tolong aku beli. ehhemmmmm~

BAGAIMANA NAK TAHU UKUR LILIT KITA BERAPA???
Ape lagi bukak laaaa baju, meh aku tengokkan. Tak pong biar aku yang ukur kan. Tapi kalau aku buat, aku tak mau nak pakai tali ukur tuh kannnn. Aku rela hati ukurkan pakai jejari runcing(gemok) aku ni.. HAHAHA! gurau woi. 

Korang biasa tak tengok saiz kat bra tuh? kan ade tulis 32A 42D 36B. Pernah nampak ker idok? Tak pernah, maka kau pergi ler buat cermin mata. Yang laki kalau tak pernah, takper! (tapi aku tau uollss lagi Hebad kan bab2 ni ) HAHAHA! ok ok ok! jangan garut ~

32 34 36 38 tu, adelah ukur lilit badan kita. MACAM MANA Nak tahu? kau amik tali ukur tuh.. errr! tali ukur ni nama ape senarnyer ni? nantilah aku google. HAhhhh~ amik benda tuh, ukur la bawah breast korang. YUP! Diatas tulang rusuk korang tapi betui2 bawah breast tuh. Amik inch tau. bukan cm. Kang ade promoter bra nangis kang.. pastu kalau genap nombor nyer genap, macam 28 inch. korang tambah kan 4 inch
28+4=32
kalau ganjil, macam 29 inch.  Korang tolong tambah kan 5 inch
31+5=36

ok?

itu ukuran bagi nak tahu number laaaaa.. 

yang cup plak?
yang cup tuh korang ukur diatas breast korang, ok? ukurrr~ ehemmm! Then, katakan korang dapat 35 inch kannnn.. korang tolak plak ukuran atas breast dengan bawah breast tadi

35inch(atas breast)-31(bawah breast)= 4inch kannn?

jika perbezaan 1inch maka korang adalah cup A. Diikuti seterusnye. 2inch Cup B. 3inch Cup C dan tadi kita kira 4inch kan? maka Cup D la korang. Jangan tanya kalau ada bezaa 5 atau 6 atau 7 k. aku pong tak tahu yang itu..

okeh tamat sudah bahagian ukur lilit.

Dalam memilih bra, kita ade design and jenis jugak. Ade kanak-kanak punya, remaja punya, Mak-mak punya dan ibu mengandung pong ade. Yang untuk malam pertama pon adeeeee~ EYH! Kita ade bra separuh (half cup), bra penuh (full cup), bra sukan, push up bra, strapless bra. So, jangan beli sesuka ati.. asal nampak cantik jer beli. Nampak comel jer beli. Tak mau cam tuh..

Bila korang dah belikan? jangan la terus pakai.. basuh dulu. Sebab, kalau korang beli kat mall kan.. kan boleh try try dulu, eeeee! basuh la dulu, Elak breast cancer and jangkitan kuman. 


p/s aku ni nak jugak letak gambar bra or breast supaya korang paham. tapi... aku rasa macam tengok gambar lucah plak. Aishhhhh~ tak boleh jadi.

yummmm yummmm~


oh yer! kenapa aku kata lelaki jugak haru tahu mengenai ni, sebab satu hari nanti korang ade anak perempuan.. bayangkan jika isteri korang outstation atau sesuatu yang kita tak jangka kan terjadi.. jadi ini lah guna nyer. Selain tu, ketika isteri korang bru bersalin. bantainyer isteri suruh beli bra.. amikkk kau!

ok bye! kirim salam kat bakal isteri and bakal suami ok..



Post a Comment