Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Wednesday, August 29, 2012

Nak kurus?



Berat badan ni merupakan satu masalah paling besar buat kaum-kaum hawa ni. Dan di nasihatkan buat anda yang berlainan jantina dengan wanita, jangan lah bertanya mengenai berat mereka. uihhhh mak aihhhh! sensitip! mesti diantara mereka yang di tanya mengenai isu ini, akan kata..
rahsia!
cubalah teka..
lalalalalalalala~
OR
menipu berat mereka kerana mungkin terlebih.. upss

(actually, aku pon sebahagian diantara mereka)

masa aku sekolah dulu, last aku timbang berat aku 57. Berat aku naik mendadak kerana aku makan ubat adelerrrrrr.. OK itu time sekolah. after that, before aku masuk U aku timbang berat aku 55kg. HOHO! setahun, aku melepak.. 2 kilo jer kurang. ceyt! Tapi sebenarnyer, aku dari zaman sekolah memang mengamalkan minum teh herba. sebab aku ade masalah pembuangan.. then, berat aku makin menaik sehingga 60kg, diawal sem aku di U. Dan ketika sem 4, aku timbang berat aku cecah 63kg. OMA!!!! masalah bonaaaa aku! sookeyhhhh! bila org tanya, bila nak diet? aku mesti kata "ORANG GILA JER DIET!" 2bulan lepas, aku timbang sekali lagi selepas setahun tak timbang.. berat aku naik lagi 65 kg! uhhhh~ frust den! akhirnyer aku try bertanya dekat mereka yang pernah makan herba life and susu alpha lipid. BAPAK r! mahal nyerrrr.. memang berkesan tapi mahal.. acaner? aku bukan anak org kaya, student lagi tuh. seminggu satu tin? ahhhhhh!!! tension aku! last2.. aku nekad mengamalkan puasa sunat sambil mengantikan puasa wajib.uhhh!

Aku amal kan puasa, dan aku berbuka dengan sup ayam and nasi. Nasik? ohhh no!!! aku try stop nasi. aku gantikan dengan OAT! HAHAHA! ramai yang tak suka kan oat kannnn.. oat memang sangat tak sedap kalau di makan kosong. Tapi aku cuba tukar dengan pelbagai hiasan. Aku taknak terlalu crush diet, jadi aku amal kan oat dengan lauk. minggu kedua aku tukar, oat dengan buah-buahan. woiii! oat sangat sedap makan dengan strawberry laaa.. hikhik! tapi mana nak mampu beli strawbery jer, aku tukar kepada epal. Sedap gak. kemudian aku minum air yogurt or any juice secawan. Sebab, kan aku dah kurangkan banyak kalories untuk sehari punya makan. Dari pukul 8 malam sehingga 530 pagi, aku akn usahakan minum air masak sebanyak 1.5 liter. takde lah sampai aku tak tido kan, kul 12 aku tido, pukul 5 bangun la untuk sahur.

ape resipi OAT aku?
1) oat+milo sesudu+buah-buahan.
2) oat+susu HL+buah-buahan
3) oat+sup ayam+sayur
4) oat+any lauk pauk yang kurang minyak

TAPI, control diet yang aku amalkan, hanya akan dilaksanakan pada hari bekerja. Pada sabtu ahad, aku makan nasik. cuma kurang dari biasa. Aku juga mula mengira berapa kalories yang aku amik sehari.

2 minggu kemudian aku pergi Shah Alam, pergi melepaskan rindu terhadap sorang akak ni. Die suruh aku timbang. aku taknak. TAKUT! takut kalau diet tak menjadi. Esokn
ye, aku timbang. OMA!!!!! 4 kilos turun~.. 4 kiloolololooooooooo!!!!!

woi! orang kampung, berat aku turun 4 kilo tanpa suppliment lain.

bukan senang nak kurus, mesti lakukan sedikit pengorbanan. kalau kau taknak bersusah dengan diet, kau kena korbankan duet. Tapi ia bergantung pada metabolism badan kau jugak, if kau minum ape pun, makan pil ape pun.. kalau metabolism kau rendah akan lambat caranye. Itu pesanan ringkas dari someone yang pernah mencuba minuman kurus kan ni.

Dan, akibat aku mengamalkan diet, baju yang aku tempah sebelum puasa untuk hari raya tak boleh di pakai.. kerana, berat aku turun kepad 58kg and baju tuh menjadi besar untuk aku. terpaksa beli baru. sedihhhhh~

Pesanan sorang dietnutrition pernah ckp,
orang gemok pun boleh kurus. tak ade masalah. Cuma..
1) jika kau makan nasik selama ni satu cawan, ape kata kau try makan setengah cawan.
2) jika makan seketul ayam, apa kata kau makan dua tiga cubit ayam lebih kan sayur.
3) jika sehari kau makan 1000 calories, cuba kurang kan kepada 3/4 dulu..
4) makan sikit, tapi kerap dan selang seli kan dengan melakukan sesuatu kerja. Walaupun hanya mengemop lantai.

Pesanan kawan aku,
1) minum air masak sebelum tido dan apabila bangun tido minum air masak sebelum gosok gigi jika mahu perut anda kempis. HOHOOO!

2) jika berdiet saja, tanpa mengaktifkan diri, tak jalan kemana kakkkkk oiiii!

Pesanan dari buku RAPI keluaran terbaru kata
1)Untuk meningkatkan metabolisme yang tinggi, makan dengan kerap (tapi bukan kuantiti yang BANYAK OK) dan lakukan senaman 3 atau 4 kali.

2)kira kalori yang kau ambik. Dan sila, jangan meninggal kan nasi sepenuhnye, kerana kita memerlukan karbohidrat untuk membakar lemak . begitu jugak protein.

3) cuba lebih aktif . seperti berjalan kaki, kemas rumah, berbasikal atau apa apa saja. jangan asyik ngadap internet or tv ajer.. (eyh! aku yang terasa di sini)

p/s: jangan terkejut.. aku pernah baca satu kajian ni mengatakan. Tidak cukup tidur boleh mengakibatkan masalah berat badan. bukan pengurangan ok? tapi penaikkan berat badan..

sekarang dah lepas raya, diet aku pon ntah hilang beraya jugak. Next week kena start balik.. JOM kurangkan berat tanpa mengeluarkan duet...


1 comment:

lynenotsocute said...

waaa..gantikan nasi dengan oat..interesting..lin skrg ni makan nasi selang sehari..cthnya hari isnin makn nasi kurang satu senduk nasi lps tu soknya makan biskut @roti bakar(lunch n dinner)