Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Tuesday, October 16, 2012

kenapa kahwin awal?

Sejak nak abis praktikal, aku sering di tanya selepas ni aku nak buat ape. Mulut aku ni laju dan akan sepantas kilat kata KAHWIN! walauapapun, jawapan first aku KAHWIN! HAHAH! Actually, dulu aku pon tak pernah terpikir nak kahwin awal dan KAHWIN AWAL bukan 1st impian or berada dalam doa aku. Nak tau sape ubah nyer? HAhhhhh~ tuh tuh tuh tuh tuhhhhh! bebudak umur bawah setahun dari aku. Semua ni bermula masa aku sem dua.

 Aku selalu pandang pelik kat bebudak ni bila dorang kata,

"kalau boleh esok pon aku nak kahwin" 
"Paling awal esok aku kahwin dan paling lambat before 25"
"aku nak kahwin dengan pilihan mak ayah aku"

Alahaiiiiii! bebudak ni. Pelik nau aku nengoknyer. Padahal dorang ni bebudak yang ade ilmu, yang bijak pandai, yang datang dari bandar, yang bukan perangai kekampungan dan malah, dorang ni bebudak yang miliki rupa paras yang cantik dalam dan luar

Asal hahhhh kahwiin jadi pilihan? 

Itu ape yang aku pikir dulu. Sampai satu tahap, aku setuju dengan dorang YUP! kahwin awal perlu di galakkan dikalangan pelajar.KENAPA? 

Alasan biasa kenapa nak kahwen awal?
-Nak elak dari melakukan zina or dosa.
-Nak bercinta dengan cara yang halal
-Cinta yang amat bangat.
dan lalallalalalalalall~ korang boleh google kalau nak tau alasan selebih nye.

TAPI aku setuju segala alasan di google tuh. Kahwin awal, bukan satu alasan dimana korang tak boleh  nak belajar, tak boleh nak enjoy, Atau penamat kepada korang punya cita-cita. Di sini, adalah satu permulaan bagi sebuah hubungan yang halal, yang akan membuatkan korang menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, dan membuat kita menjadi anak yang soleh. Insyaallah kita akan lebih tenang bila berkahwin dari berkapel.

Walauapapun, bukan senang untuk berkahwin awal. Dah sedia ker? Dah yakin ker? Dah kuat ker? Yang lelaki, apabila perkahwinan itu berlaku, yakin ker awak boleh bertanggungjawab terhadap zaujah awak? Dah bersedia ker nak tanggung dosa yang isteri awak lakukan? dah mampu ker adil kan diri awak dan beliau? Dah cukup ker kewangan tu? 

Yerr, duit bukan segalanye, tapi ingat makan dan minum hari ni bukan macam zaman dulu. Duit sewa rumah, minyak kereta.. bukan free

Ramai kawan aku yang kahwin awal. Hampir kesemua mereka yang kahwin awal bahagia. Miliki anak yang comel. Alhamdulillah.. melihat perubahan mereka selepas berkahwin buat aku lebih semangat nak mengikut mereka. Ada jugak diantara mereka yang ada ujian dalam membina keluarga ni. Namun, dia atasi dengan rasa tanggungjawab sebagai isteri. Ada sahabat aku, yang sudah miliki anak usia 6 tahun. Berkahwin, mengandung dan membesarkan anak sehingga umur 3 tahun, baru die sambung belajar. Melihat sikap keibuan dia buat aku lebih semangat juga.

Tapi tak semua diantara mereka mengalakkan aku berkahwin awal. Kata mereka, aku kena kuat dahulu. urmmmm? Tak cukup kuat ker aku?

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan ibu, kenapa dia berkahwin usia 21 tahun..

kata ibu "diwaktu itu, ibu fikir apa yang akan ibu lakukan nanti dosanya ditanggung oleh opah n atok. sebab itu ibu kahwin awal. menjaga maruah keluarga serta agama" 
Kemudian aku terpikir, Betul! apa yang aku lakukan hari ni, aku bakal mengheret ayah, amil, amar dan addin ke neraka. 
Astagfirullah al azimmmm.. maaf kan adik!


Dan hari ni, bila di soal pada aku mengenai perkahwinan... Jawapan aku sama seperti member-member aku
"kalau boleh esok pon aku nak kahwin" 
"Paling awal esok aku kahwin dan paling lambat before 25"
"aku nak kahwin dengan pilihan mak ayah aku"

Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud:

"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"  

macam mana kalau yang datang bukan ciri-ciri pilihan suami?
KAYA? RUPA? ROMANTIK? KURUS? COMEL? TINGGI?
itu bukan yang aku cari. Yang aku carik seorang penoreh getah, seorang nelayan, seorang wiring, dan seorang guru. Dan seorang yang meletakkan cinta die pada allah lebih dari aku. Kenapa penoreh getah, nelayan, wiring guru? Dan bukan seorang yang kaya raya? sebab atleast die mampu lakukan dengan diri sendiri tanpa menyusahkan orang. Insyaallah mampu melindungi anak-anak aku. 
Post a Comment