Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Saturday, October 6, 2012

SAHABAT,KAWAN, dan KENALAN?

Ape maksud KENALAN? KAWAN?  SAHABAT? Wujud ker perbezaan ni? Sedangkan ia kelihatan sama jer. kita tuju pada seseorang atau benda hidup. Tapi kita mesti tak sedar kan sebenarnya ade perbezaan sedikit mengenai maksud 4 perkataan ni. Kalau tak ade perbezaan langsung takkan la masa zaman budak-budak dolu-dolu, kalau buat biodata mesti nak ada "KAWAN BIASA, KAWAN SEJATI, KAWAN KARIB" kan kan kannnn? mesti adaa beza kan. Aku ni tak arif sangat maksud-maksud ni. Jadi malam ni terdetik nak tahu apa maksud ni since ada kejadian terjadi kat aku.

aku google n amik pendapat sesetengah blogger lain..

SAHABAT.
-sahabat ni lebih senang kita kata, seseorang yang tak miliki talian persaudaraan dengan kita (macam adikberadik) tapi bila bersama dengan dia kita rasa selamat sangat. Mereka tak semestinya miliki minat yang sama dengan kita. Manusia yang memberi kebaikan serta menghindarkan keburukan untuk kita. Yang menjaga aib kita, yang sentiasa ada waktu kita susah dan senang. Yang berada di sisi kita ketika sedih, yang mengembalikan senyuman kita ketika ada tangis di wajah, yang akan berjuang untuk kita. Sama lah seperti kita, memberi kebaikan serta menghidar keburukan pada beliau. Yang memahami kita dan mengenali kita serba serbi. Macam cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit. EYHHH! HAHAHAHH! Sahabat juga kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.





KAWAN.
-kawan ialah mereka yang boleh dikatakan miliki persamaan dengan kita dalam satu-satu perkataan. Seperti hobi, minat atau apa saja. Atau senang kata, yang kita boleh masuk satu kepala. Yang boleh dibawa berlepak. Selalu nye kawan ni lebih kepada ketika seronok dan berhibur. Mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

KENALAN.
-kenalan ialah seperti hubungan kita berinteraksi dengan seseorang tetapi kita tak pasti kewujudan dia serta kita hanya mengenali dia sipi-sipi sahaja. Macam contoh, kau kenal ALI dekat FB, kau tau siapa dia hanya melalui biodata die serta bila dia perkenalan kan diri. Tapi kau tak tau die ni betui-betui wujud ker tak. mungkin nama die sebenar die ialah ABU. Jadi kenalan ni kita harus lebih berhati hati di masa kini. ade kebaikkan serta keburukan. 


Korang ada kawan? kenalan? sahabat? mesti ada kan.. wajib ada walau seorang. Bukan semua orang boleh masuk dalam dunia kita. Hanya insan terpilih jer kan. Aku pun ade SAHABAT, KAWAN, serta KENALAN.  AKu ade SAHABAT. seorang SAHABAT yang aku sayang. cinta. rindu. segala perasaan ada untuk dia. EYHHH! die seorang perempuan. Cinta yang aku kata, adalah bukan cinta bernafsu k.

Aku sayang die. Sampai bebila pon hati aku sayang die.. 10 tahun persahabatan ni, tapi hancur kerana aku yang mintak supaya ia menjadi KAWAN aku sahaja. KENAPA? kerana aku sayang die. Hati aku sentiasa risau mengenai die. Hati ini, sentiasa merindui die. Malah, aku pernah kata pada ibu, kalau aku terpaksa korban nyawa untuk die, mungkin aku lakukan. Kerana die bagaikan saudara aku. Bila masing-masing mengejar kejayaan dan kehidupan, kami jarang berhubung. Dan aku, manusia yang sangat merisaui die. Dan tak mau ade kesedihan wujud di wajah die. Kini, aku belajar hidup tanpa ade sahabat bernama die. 
Bukan senang. SUSAH SANGAT. Sebab, aku bagai kan budak kecik didepan die. Yang baru belajar mengenali dunia. dulu.. segala yang aku lakukan dia ade. segala kesedihan aku kongsi dengan die. Apa aku ade, aku akan kongsi dengan die. TAPI bila segala bertukar menjadi KAWAN, aku belajar berdiri di kaki aku sendiri. aku belajar menjadi lebih kuat. Aku belajar mengawal segala nya. Aku belajar menangis seorang diri. Kalau kini, orang bertanya mengenai dia, aku akan kata aku tak tahu..


HAHAHA! tak payah cerita banyak. berkawan bia seribu bercinta bia satu.


Post a Comment