Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Saturday, December 8, 2012

Singapore Part 2

Singapore PART 2 plak aku nak cakap pasal hari ke 2 aku di sana. OK! wancik decide nak ajak kitaorang pergi ke Orchard rd. Kami dari Falkland rd, terpaksa naik bus dahulu untuk ke yinshun. Boleh jer nak ker sembawang dulu, Tapi macam patah balik jer. Jadi kami naik bus ker yinshun dahulu dengan harga 1.30 dollarsing , kemudian di yinshun kami naik MRT turun di orchard station , aku tak pasti harga dia berapa. Rasa nya dekat 2dollar sing. Lebih kurang 9 station baru sampai. dekat 40minit jugak la. Oh yer! dorang disana menggunakan kad seperti kad touch n go untuk naik bus, MRT, or LRT. Tapi kalau korang tak ade kad tersebut ketika naik bus, korang boleh bayar jer by hand. tp duet syiling la.



 dapur umah wancik santeq! rumah british lama mmg santeq!



KENAPA kami pilih orchard?

sebab Orchard ni macam kira pusat bandar la. EYH? aku rasa la.. hahaha. Di kawasan orchard ni, terdapat banyak mall n butik. Dan, di sini jugak ade satu mall yang menjual keychain, baju, or segala tanda kenangan yang boleh kita dapat dengan harga yang murah. Kat sini korang tak boleh tawar2 suka ati. Dorang da tetap kan harga. Kebanyakkan orang yang datang ke orchard rd ni, warga asing. Kata adam, mall yang kami beli cendrahati tuh ramai dia orang filipino.. 

Jadi kami ingat lebih baik shopping cenderahati dulu, nanti nak beli dekat tempat lain mahal plak kannn..

OK! ni ade sedikit gambar..




cuba bayang kan pokok chrismast ni tggi mana.. ngeee! tinggi gilo. Oleh sebab kami datang masa nak dekat Chrismast, jadi orchard di penuhi pokok2 serta hiasan christmast. Masa 1st tyme aku dtg orchard, masa tuh holloween (betui ker den eja ni?) *TAK KISAH LA~* As we know, holloween kan macam hantu-hantu keluar, buah2 labu. Hahhhhh~ bayang kan dorang bebudak keluar dengan makeup scary, membawa watak masing-masing. Aku ni jakun la sikit kan, sebab malaysia kan tak de benda-benda ni. Lagi pon, kita islam n haram untuk raikan. 

kata wancik, ade kawan dia dari Brunei sanggup datang ke Singapore (orchard) every christmas semata suka tengok lampu-lampu ni waktu malam. 


*muka den wajib ado k*






Lawa takkkkk? ni antara mall keliling kami masa tuh. bumbung die santeq kot.. 
*bila ler The store kuala kangsar nak wat cam ni*




Hah! yang ni aku ingat nama mall die, PARAGON mall.

Kemudian kami cari makanan di bangunan yang kami beli keychain tuh. Kata wancik di singapore, memang ramai yang jaga gerai tuh orang indon, islam. Tapi untuk lebih yakin, ade baik nyer kita cari yang ade sijil halal tuh. Sebab kita tak tahu sumber makanan tuh di beli dari mana. Tapi kami tak jumpa kedai yang ade sijil halal masa tuh, jadi kami tawakal. Kami jumpa satu kedai ni, indon yang masak. Tapi tak ade sijil halal. kami tawakal sebab, ade syahadah serta bismillah di hadapan cermin kedai die.

OH yer! ketika kami jaan buat 1st day tuh kan, hari jumaat tau senarnye. So, tepat kul 1, bebudak lelaki ni berlari la g masjid. JAUH? no.. masjid die kat sebelah Paragon mall. Masjid deme cam mall jugak. Petak pat segi. MASJID ALFALAH. 


1st time senar nyer aku tengok orang laki sembahyang jumaat secara realiti. Ceramah deme ktika tuh, mengenai GAZA and ISRAEL. dalam bahasa ingeris owkeyhhh! Dan dorang baca QUNUT NAZILLAH dalam solat jumaat.. nak nanges dengar bacaan tuh. Tepat kul 2 baru dorang bagi perempuan masuk sembahyang zuhur. Sebab, dorang kena kemas dulu. 



ni suat khabar free tau. Penuh dengan pengajaran serta ilmu agama. Ni antara yang aku sempat snap.



Lebih kurang pukul 3, kami decide nak g ARAB STREET. Nak ke Arab street dari orchard station MRT, kami kena turun ke City Hall dulu. Kemudian tukar MRT ke Bugis station pulak. Kemudian, kami berjalan kaki ke arab street. Dekat 15 minit kot.


Di Arab street, kebanyakkan penjual menjual kain pasang, lace, kain langsir. Senang kata semua jenis kain la. Kalau nak kahwen boleh la datang sini. Bangunan di sini santeq2 uollsss, colourful! BLINK-blink mata den!



Ni Masjid Sultan. SANTEQ!!!!!!!
macam masjid ubudiah kannnnn~ EYH! lain2! 






Ni plak dekat MALAY HERITAGE CENTRE. Kami bergambar jer. Sebab, nak masuk kena bayar. Jadi malas! HAHAHAH! actually, kami nak cepat masa ni. Nak kejar g MERLION STATUE



ni masjid sultan, view dari malay heritage tuh.. besar kannnnn~



 ommmgeee! kita orang SESAT! hahahahaha! Dari bugis, kami amik MRT ke raffle place. Tapi sebab sesat kat dalam station, HAHAHHA! jadi naik-naik ke bangunan lain. Banyak sangat cabang. HAHAHA! senarnye dekat jer, tapi sebab hujan lebat gilorrrrrrr walaupun pukul 4 lebih masa tuh. kawasan jadi gelap and bunyi kilat bagaikan sebelah tinger. Kami pong balik tanpa lihat singa keluar air tuh..



tak dapat jumpa singa, kami jumpa tuh tuhhhh~ tak tahu nama dia..  :)



 nak balik yinshun, tak perlu tukar MRT da. Straight jer ker Yinshun. Nii mall or station dekat yinshun. kemudian kami naik bus balik rumah. 



fenattttt titewwwww!

Before pukul 6 kami dah sampai.

Ni Antara barang yang aku beli. Ade 3 barang 10dollar sing. Ade 6 barang 10 dollarsing. 20barang 10dollarsing pon adoh..





No comments: