Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Sunday, August 19, 2012

Perbezaan hari raya.

Assalamualaikum,
hai everyone!
Happy Eid Ul-Fitr 2012! May the blessing of ALLAH fill our life with happiness.

eyhh guys, perasan tak sambutan hari raya sekarang dah berbeza dengan 10 tahun dolu2.
korang tak perasan ker?
TAKKKK????
kenapa aku terasa?
kerrrrr aku jer yg perasan?
atau kerana umur aku semakin meningkat? OMA!!!
22 yrs old kan muda lagi..
kemonnn nabila~
no no no! aku yakin korang pun berperasan seperti aku. kita sebayakan. errr, umur korang berapa yerk? HAHAHA! ok! boleh nampak la perbezaan dulu dan sekarang. jom! kita buat perbezaan 10 tahun dulu dan hari ini. kita buat kenyataan ni lebih kukuh.

10 tahun dulu,
1. Duet Raya. Dulu, merata orang bagi 5kupang. paling common la. kalau dapat seyar tuh, kira orang yang bagi tuh kaya lerrrr.

2. Kueh Raya. Opah-opah zaman dulu, awal puasa dah sebok mencarik pisang nak buat kerepek. duduk ramai-ramai 'sagat'(betui ker aku eja) pisang. then, share kerepek tuh sorang sikit. dulu, kueh baukau, pun setiap rumah buat sendiri. eyh! BAHULU. kueh sampah, kueh semperit mata ceri merah, kueh tat, kueh batang burok, putu kacang, kadang-kadang siap buat pulut wajid plus dodol lagi. Buat ramai-ramai, sampai setiap rumah kueh sama.

3. Panjut. dulu, setiap tahun.. tak tahu la kampung korang kan, ada pe
rtandingan panjut dekat setiap rumah pada malam raya. uhh~ malam raya lah malam makan asap. asap panjut dengan asap lemang. eyh! hahah! para atok2 ni, sebok cari buluh bila minggu puasa yang pertama. ada buat panjut ikut buluh, tin, dan ada yang beli. dolu murah. lepas tuh ramai budak-budak keliling panjut main mercun and bunga raya. eyh! rindunyer...

4. Baju Raya. dulu, ada baju kurung and baju kebaya jer. belum wujud lagi baju kurung moden.

5. Kad Raya. dulu penuh kad raya. Penat postman kena hantar kad raya setiap rumah. Hari-hari mesti postman mai. Dia la tetamu utama sepanjang ramadhan. TAPI! time hari raya pertama, die tak datang. Raya ketiga baru datang balik. Budak-Budak mesti se
bok pergi kedai juai kad raya, beli banyak-banyak. Bagi cikgu-cikgu, kawan-kawan, boipren, girlpren.

6. Budak-Budak. budak dolu-dolu, "Assalamualaikum, acikkkkkkk nak raya." mesti rasa setiap kueh, walaupun seketul setiap satu. Duduk 10 minit, baru jeling, kenyit-kenyit mata kawan nak balik.

eyh! cukuplah banyak plak karang. (padahaltakderidea)

Hari Raya Hari ini,
1. Duet Raya. seringgit tuh yang common. tapi bukan untuk satu rumah. Untuk setiap orang yang dah berkerja. ukalau ade sepoloh orang yang bekerja dalam rumah tuh, maka sepoloh hengget la budak tuh bakal dapat. Kalau dua ringgit, hahhhh kira lah sendiri. HOHO, ada sorang brader ni pernah cakap kat aku, pernah satu tahun ni, anak dia dapat seringgit buat sampan mainkan kat longkang. huhhhh~ dasyat.

2. Kueh Raya, malam raya lah malam di tunggu-tunggu. "kak longgggg, 3 bekas sepoloh hengget! 3 sepoloh hengget!!! beli 6 percuma 1!! marii-mariiiii~" the power of hands!

3. Panjut. eyhhhh! ada lagi ker panjut? ade lahhh, tp satu kampung 2 3 rumah jer. Selebih nye, pasang lampu kelip-kelip, tanglung bintang bulan.. Cantik. Tapi dah takde asap panjut. jadi budak-budak main mercun kat rumah sendirik-sendirik.

4. Baju Raya. eyh! cantikkan baju shila amzar pakai masa berbuka puasa ape ntah yang kaler pink tuh.. name apo tak ingat la den. sekarang dah banyak baju kurung yang dah di upgrade kan. ade ropol-ropol, renda-renda, 2 3 lapis. cantik, tapi... eyhh can
tik cantik cantik.

5.Kad Raya, whatsapp kan ade, lagi cantik icon-icon dia. LINE pny sticker lagi cute. korang ade? jom tukar id. EYH? asal postman datang hantar bil hp aku plak ni, kan da bayar.. err sebulan yang lepas kottt

6. Budak-Budak. "assalamualaikum, acikkkkk nak duet raya." nak duet boleh tapi kena makan dulu. Baru nak hidang air, dah nak balik... grrrrr

Hari Raya aku hari ini, uhhhh~ penat giler "ibu, orang kampung kita
ramai dah pindah ker? atau dorang tak balik kampung? ker ruah kita ni orang tak nampak?"

HOHO!
walauapapun, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SEMUA!
Hari Raya bukan lah hari untuk kita bersedih,
tapi hari meraikan hari kemenangan kita.
hari sepatut kita bergembira.
mintak maaf, kalau aku, ade buat salah n silap.
walau sekecil zarah walau sebesar kuman.
peace no fight! maju lah diri, demi agama!

1 comment:

H I said...

Selamat Hari Raya!

*mahu edit blog? do contact me!