Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

ADHA SKINCARE DAN AURAWHITE

OK! hye semua. 
aku macam terkejar-kejar sekarang ni. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Masa macam suntuk sangat da. Minggu depan aku ade hari yang penting, Jadi mungkin aku kena tutup kedai pada hari rabu dan akan bukak balik, kemudian tutup balik, bukak balik, tutup balik lastly 4/6/2013 terus bukak. HIKHIK!

Ini kerana pada
17/5/2013- kenduri doa selamat 
18/5/2013- abang aku nikah
26/5/2013- kenduri sebelah kakak ipar
2/6/2013- kenduri belah aku pula

uihhh~ sebulan persiapan abang aku kahwen. HAHAH!

jadi aku akan tutup kedai pada 16/5/2012
bukak semula pada 19/5/2013, penghantaran order dari 16/5--19/5 akan diposkan pada 20/5/2013

20/5/2013--24/5/2013 bukak seperti biasa.

tutup semula pada 31/5/2013--3/6/2013. sebarang order akan di pos pada 4/6/2013

paham  tak?
sorryyy~ sebulan kenduri ..


berbalik pada tajuk tadi.
aku miliki 2 pakej untuk aurawhite sebenarnyer. 


PAKEJ A.
rm140 sm / rm145 ss

aurawhite
FREE GIFT 
[+] PERCUMA 1pc Shaker!
[+] PERCUMA 1pc 3D Mask!
[+] PERCUMA 3 pc Collagen Eye Mask!
[+] PERCUMA 3 pc Sheseido White Mask!
[+] PERCUMA 3 pc Sheseido Black Mask!
[+] PERCUMA 3 pc Detox Gold Slimming !
[+] PERCUMA 1 pc Eyeliner MAC!
[+] PERCUMA Delivery By Poslaju!


PAKEJ B
rm 125 sm/ss
aurawhite
PERCUMA 1pc Shaker!
PERCUMA MASK
PERCUMA SHISEIDO MASK
PERCUMA EYE MASK

 2 supplier, jadi lain harga.


ADHA SKINCARE.
 aku mintak maaf pada customer yang mendapat barang lambat. 
Jadi untuk mengelak kelewatan ni, aku bukak untuk pre order. Kenapa tak ready stok? sebab aku baru bukak bisnes maka aku taknak pegang barang. Jadi aku akan make sure jugak barang yang korang order selamat sampai. Harga adhaskincare aku letak murah, bukan sebab palsu. Tapi kerana mendapat supplier yang bagus, syarikat yang boleh di percayai. Kenapa lambat? bukan sebab masalah tak ade barang, bukan sebab masalah pej pos.. cume mslh dy procedure untuk syarikat tuh makan masa selepas kita bank in 2 hari, jika mereka tak bz.
Jadi aku open untuk preorder. 

SENARAI LOOSE 
SERUM VITC DAN E COLLAGEN= RM 55
DAY CREAM= RM 40
NIGHT CREAM= RM 40
SABUN SAIZ BESAR= RM 25

SATU SET + SERUM = RM 125
INCLUDED POSTAGE

WHATSAPP/MESEJ 0175014912

Wednesday, August 29, 2012

Nak kurus?



Berat badan ni merupakan satu masalah paling besar buat kaum-kaum hawa ni. Dan di nasihatkan buat anda yang berlainan jantina dengan wanita, jangan lah bertanya mengenai berat mereka. uihhhh mak aihhhh! sensitip! mesti diantara mereka yang di tanya mengenai isu ini, akan kata..
rahsia!
cubalah teka..
lalalalalalalala~
OR
menipu berat mereka kerana mungkin terlebih.. upss

(actually, aku pon sebahagian diantara mereka)

masa aku sekolah dulu, last aku timbang berat aku 57. Berat aku naik mendadak kerana aku makan ubat adelerrrrrr.. OK itu time sekolah. after that, before aku masuk U aku timbang berat aku 55kg. HOHO! setahun, aku melepak.. 2 kilo jer kurang. ceyt! Tapi sebenarnyer, aku dari zaman sekolah memang mengamalkan minum teh herba. sebab aku ade masalah pembuangan.. then, berat aku makin menaik sehingga 60kg, diawal sem aku di U. Dan ketika sem 4, aku timbang berat aku cecah 63kg. OMA!!!! masalah bonaaaa aku! sookeyhhhh! bila org tanya, bila nak diet? aku mesti kata "ORANG GILA JER DIET!" 2bulan lepas, aku timbang sekali lagi selepas setahun tak timbang.. berat aku naik lagi 65 kg! uhhhh~ frust den! akhirnyer aku try bertanya dekat mereka yang pernah makan herba life and susu alpha lipid. BAPAK r! mahal nyerrrr.. memang berkesan tapi mahal.. acaner? aku bukan anak org kaya, student lagi tuh. seminggu satu tin? ahhhhhh!!! tension aku! last2.. aku nekad mengamalkan puasa sunat sambil mengantikan puasa wajib.uhhh!

Aku amal kan puasa, dan aku berbuka dengan sup ayam and nasi. Nasik? ohhh no!!! aku try stop nasi. aku gantikan dengan OAT! HAHAHA! ramai yang tak suka kan oat kannnn.. oat memang sangat tak sedap kalau di makan kosong. Tapi aku cuba tukar dengan pelbagai hiasan. Aku taknak terlalu crush diet, jadi aku amal kan oat dengan lauk. minggu kedua aku tukar, oat dengan buah-buahan. woiii! oat sangat sedap makan dengan strawberry laaa.. hikhik! tapi mana nak mampu beli strawbery jer, aku tukar kepada epal. Sedap gak. kemudian aku minum air yogurt or any juice secawan. Sebab, kan aku dah kurangkan banyak kalories untuk sehari punya makan. Dari pukul 8 malam sehingga 530 pagi, aku akn usahakan minum air masak sebanyak 1.5 liter. takde lah sampai aku tak tido kan, kul 12 aku tido, pukul 5 bangun la untuk sahur.

ape resipi OAT aku?
1) oat+milo sesudu+buah-buahan.
2) oat+susu HL+buah-buahan
3) oat+sup ayam+sayur
4) oat+any lauk pauk yang kurang minyak

TAPI, control diet yang aku amalkan, hanya akan dilaksanakan pada hari bekerja. Pada sabtu ahad, aku makan nasik. cuma kurang dari biasa. Aku juga mula mengira berapa kalories yang aku amik sehari.

2 minggu kemudian aku pergi Shah Alam, pergi melepaskan rindu terhadap sorang akak ni. Die suruh aku timbang. aku taknak. TAKUT! takut kalau diet tak menjadi. Esokn
ye, aku timbang. OMA!!!!! 4 kilos turun~.. 4 kiloolololooooooooo!!!!!

woi! orang kampung, berat aku turun 4 kilo tanpa suppliment lain.

bukan senang nak kurus, mesti lakukan sedikit pengorbanan. kalau kau taknak bersusah dengan diet, kau kena korbankan duet. Tapi ia bergantung pada metabolism badan kau jugak, if kau minum ape pun, makan pil ape pun.. kalau metabolism kau rendah akan lambat caranye. Itu pesanan ringkas dari someone yang pernah mencuba minuman kurus kan ni.

Dan, akibat aku mengamalkan diet, baju yang aku tempah sebelum puasa untuk hari raya tak boleh di pakai.. kerana, berat aku turun kepad 58kg and baju tuh menjadi besar untuk aku. terpaksa beli baru. sedihhhhh~

Pesanan sorang dietnutrition pernah ckp,
orang gemok pun boleh kurus. tak ade masalah. Cuma..
1) jika kau makan nasik selama ni satu cawan, ape kata kau try makan setengah cawan.
2) jika makan seketul ayam, apa kata kau makan dua tiga cubit ayam lebih kan sayur.
3) jika sehari kau makan 1000 calories, cuba kurang kan kepada 3/4 dulu..
4) makan sikit, tapi kerap dan selang seli kan dengan melakukan sesuatu kerja. Walaupun hanya mengemop lantai.

Pesanan kawan aku,
1) minum air masak sebelum tido dan apabila bangun tido minum air masak sebelum gosok gigi jika mahu perut anda kempis. HOHOOO!

2) jika berdiet saja, tanpa mengaktifkan diri, tak jalan kemana kakkkkk oiiii!

Pesanan dari buku RAPI keluaran terbaru kata
1)Untuk meningkatkan metabolisme yang tinggi, makan dengan kerap (tapi bukan kuantiti yang BANYAK OK) dan lakukan senaman 3 atau 4 kali.

2)kira kalori yang kau ambik. Dan sila, jangan meninggal kan nasi sepenuhnye, kerana kita memerlukan karbohidrat untuk membakar lemak . begitu jugak protein.

3) cuba lebih aktif . seperti berjalan kaki, kemas rumah, berbasikal atau apa apa saja. jangan asyik ngadap internet or tv ajer.. (eyh! aku yang terasa di sini)

p/s: jangan terkejut.. aku pernah baca satu kajian ni mengatakan. Tidak cukup tidur boleh mengakibatkan masalah berat badan. bukan pengurangan ok? tapi penaikkan berat badan..

sekarang dah lepas raya, diet aku pon ntah hilang beraya jugak. Next week kena start balik.. JOM kurangkan berat tanpa mengeluarkan duet...