Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Saturday, December 8, 2012

Singapore Part 2

Singapore PART 2 plak aku nak cakap pasal hari ke 2 aku di sana. OK! wancik decide nak ajak kitaorang pergi ke Orchard rd. Kami dari Falkland rd, terpaksa naik bus dahulu untuk ke yinshun. Boleh jer nak ker sembawang dulu, Tapi macam patah balik jer. Jadi kami naik bus ker yinshun dahulu dengan harga 1.30 dollarsing , kemudian di yinshun kami naik MRT turun di orchard station , aku tak pasti harga dia berapa. Rasa nya dekat 2dollar sing. Lebih kurang 9 station baru sampai. dekat 40minit jugak la. Oh yer! dorang disana menggunakan kad seperti kad touch n go untuk naik bus, MRT, or LRT. Tapi kalau korang tak ade kad tersebut ketika naik bus, korang boleh bayar jer by hand. tp duet syiling la.



 dapur umah wancik santeq! rumah british lama mmg santeq!



KENAPA kami pilih orchard?

sebab Orchard ni macam kira pusat bandar la. EYH? aku rasa la.. hahaha. Di kawasan orchard ni, terdapat banyak mall n butik. Dan, di sini jugak ade satu mall yang menjual keychain, baju, or segala tanda kenangan yang boleh kita dapat dengan harga yang murah. Kat sini korang tak boleh tawar2 suka ati. Dorang da tetap kan harga. Kebanyakkan orang yang datang ke orchard rd ni, warga asing. Kata adam, mall yang kami beli cendrahati tuh ramai dia orang filipino.. 

Jadi kami ingat lebih baik shopping cenderahati dulu, nanti nak beli dekat tempat lain mahal plak kannn..

OK! ni ade sedikit gambar..




cuba bayang kan pokok chrismast ni tggi mana.. ngeee! tinggi gilo. Oleh sebab kami datang masa nak dekat Chrismast, jadi orchard di penuhi pokok2 serta hiasan christmast. Masa 1st tyme aku dtg orchard, masa tuh holloween (betui ker den eja ni?) *TAK KISAH LA~* As we know, holloween kan macam hantu-hantu keluar, buah2 labu. Hahhhhh~ bayang kan dorang bebudak keluar dengan makeup scary, membawa watak masing-masing. Aku ni jakun la sikit kan, sebab malaysia kan tak de benda-benda ni. Lagi pon, kita islam n haram untuk raikan. 

kata wancik, ade kawan dia dari Brunei sanggup datang ke Singapore (orchard) every christmas semata suka tengok lampu-lampu ni waktu malam. 


*muka den wajib ado k*






Lawa takkkkk? ni antara mall keliling kami masa tuh. bumbung die santeq kot.. 
*bila ler The store kuala kangsar nak wat cam ni*




Hah! yang ni aku ingat nama mall die, PARAGON mall.

Kemudian kami cari makanan di bangunan yang kami beli keychain tuh. Kata wancik di singapore, memang ramai yang jaga gerai tuh orang indon, islam. Tapi untuk lebih yakin, ade baik nyer kita cari yang ade sijil halal tuh. Sebab kita tak tahu sumber makanan tuh di beli dari mana. Tapi kami tak jumpa kedai yang ade sijil halal masa tuh, jadi kami tawakal. Kami jumpa satu kedai ni, indon yang masak. Tapi tak ade sijil halal. kami tawakal sebab, ade syahadah serta bismillah di hadapan cermin kedai die.

OH yer! ketika kami jaan buat 1st day tuh kan, hari jumaat tau senarnye. So, tepat kul 1, bebudak lelaki ni berlari la g masjid. JAUH? no.. masjid die kat sebelah Paragon mall. Masjid deme cam mall jugak. Petak pat segi. MASJID ALFALAH. 


1st time senar nyer aku tengok orang laki sembahyang jumaat secara realiti. Ceramah deme ktika tuh, mengenai GAZA and ISRAEL. dalam bahasa ingeris owkeyhhh! Dan dorang baca QUNUT NAZILLAH dalam solat jumaat.. nak nanges dengar bacaan tuh. Tepat kul 2 baru dorang bagi perempuan masuk sembahyang zuhur. Sebab, dorang kena kemas dulu. 



ni suat khabar free tau. Penuh dengan pengajaran serta ilmu agama. Ni antara yang aku sempat snap.



Lebih kurang pukul 3, kami decide nak g ARAB STREET. Nak ke Arab street dari orchard station MRT, kami kena turun ke City Hall dulu. Kemudian tukar MRT ke Bugis station pulak. Kemudian, kami berjalan kaki ke arab street. Dekat 15 minit kot.


Di Arab street, kebanyakkan penjual menjual kain pasang, lace, kain langsir. Senang kata semua jenis kain la. Kalau nak kahwen boleh la datang sini. Bangunan di sini santeq2 uollsss, colourful! BLINK-blink mata den!



Ni Masjid Sultan. SANTEQ!!!!!!!
macam masjid ubudiah kannnnn~ EYH! lain2! 






Ni plak dekat MALAY HERITAGE CENTRE. Kami bergambar jer. Sebab, nak masuk kena bayar. Jadi malas! HAHAHAH! actually, kami nak cepat masa ni. Nak kejar g MERLION STATUE



ni masjid sultan, view dari malay heritage tuh.. besar kannnnn~



 ommmgeee! kita orang SESAT! hahahahaha! Dari bugis, kami amik MRT ke raffle place. Tapi sebab sesat kat dalam station, HAHAHHA! jadi naik-naik ke bangunan lain. Banyak sangat cabang. HAHAHA! senarnye dekat jer, tapi sebab hujan lebat gilorrrrrrr walaupun pukul 4 lebih masa tuh. kawasan jadi gelap and bunyi kilat bagaikan sebelah tinger. Kami pong balik tanpa lihat singa keluar air tuh..



tak dapat jumpa singa, kami jumpa tuh tuhhhh~ tak tahu nama dia..  :)



 nak balik yinshun, tak perlu tukar MRT da. Straight jer ker Yinshun. Nii mall or station dekat yinshun. kemudian kami naik bus balik rumah. 



fenattttt titewwwww!

Before pukul 6 kami dah sampai.

Ni Antara barang yang aku beli. Ade 3 barang 10dollar sing. Ade 6 barang 10 dollarsing. 20barang 10dollarsing pon adoh..





bercuti di singapore

Tahun ni aku decide nak bercuti di singapore. WHY? sebab, singapore kan dekat. HAHAHA. Sebenarnyer sebab wancik and family duk kat Singapore. Jadi selamat la sikit. HIKHIKHIK! ini kali kedua aku berada di sana. Cuma kali ni aku membawa adik-adik dan tanpa guide. AKU YANG PALING TUA..


emgeeeee..

Tapi tak per. Walaupong takut kita kena wat muka konfiden, baru org ade konfidensi dengan kita kan. puihhhhhhh.. Weollss decide nak g naik train ajer. Itu jer paling senang dan murah. ni kan percutiaan budak-budak. Dah macam rombongan budak sekolah. Seorang dewasa harga tiket pergi balik dari kuala kangsar ke woodlands around rm 103.00.. itu duet malaysia k. Kalau beli kat singapore 51dollarsing ker? separuh harga ker? NO! OK! die tetap 103. tapi 103dollar sing. Baik korang beli tikeet siap2 dekat malaysia.

24/11/12 kalau ikut tiket train kami sepatut bertolak jam 10.26 pagi dari kuala kangsar. puih janji melayu. 10.30 pg baru sampai train nyer.. pukul brpe sampai singapore? tiket tulis 8.45p.m .. lg kena tipu, kul 9.30p.m bru smpai. itu kira ok. Dulu masa aku pergi kul 10 lebih malam baru sampai. HAHAAA! itu bkn tipu senarnye. deme bajt jer jam tuh. Kadang-kadang ade kerosakkan jadi terlewat la. Duk lama-lama tak lapar ker? gilo baq hangggg! lapor nak mampuih. Mujur en ade bawak stok makanan, cekedis cekedis satu beg. Fuhhhh~ ibu plak spare tuk kami nasik kerabu AFN restoran



tudung ungu tuh adik sedara aku, eira. Iolls call dy 'adik'. kami sama-sama adik. ngee..  kami tido, bangun, makan, tido, bangun, makan.. sepoloh kali ulang. Kul 9 jgk sampai. huhhhhh.. ohhh b4 aku lupa. Nak masuk singapore korang kena isi satu borang. borang tuh korang boleh dapat di sebelah kanan kastam singapore..

ok. 9.30p.m aku sampai woodlands. Wancik tinggal dekat falkland rd. Korang tak perlu risau bila sampai singapore tak tahu cam mana nak bergerak. di luar train station tuh, ade tempat taxi stand. bus stand pong ade. tapi better naik taxi, sbb korang tak tahu bus numb berapa nk ke tempat di tuju. korang tak perlu berebut. sebab disana dorang diajar beratur. so ikut turn. mmg taxi sentiasa ade. ohhh yer,bayaran taxi tuh bergantung kepada berapa jauh perjalanan dan brand ape taxi korang. hahaha. sbb aku pernah tgk ade mercedes taxi. dari woodlands nak ke falklands rd tuh, around 10 dollar. murah la tuh.. sbb be4 ni ak pernah kena 12 dolarsing. hahaha. duet malaysia rm25. tuihhhhhh.





berminyak abes muka iolss.

taxi dorang semua ade gps.ok. tp selalu deme dah hafal jalan. terlalu banyak nama tempat,jadi pemandu ade kala keliru. kalau korang tak tahu jalan tuh, kata jer tak tahu. aku ni berlagak , kata la tak tahu. hahaha..tp mujur aku masih ingat jalan rumah wancik. jadi fuhhhhhh tak sesat..

alhamdulillah kami selamat tiba.. bawak budak budak, bukan reti penat. sampai jer dema terus main game ni.



aku pon xtau ape nama dye. hahaha.




oh ye! before aku lupa, once korang masuk singapore, korang punya line hp, tak kira la maxis, celcom or digi or etc.. ia akan bertukar kepada line singapore iaitu SINGTEL. if maxis, satu mesej di hantar ke mlaysia akan di caj rm1.00 ok. if celc kalau tak salah aku, around 50sen. dan.. if ade org call korang, kredit korang akan ditarik jugak. harap maklum. hahaha. mujur aku ade whatsapp n viber.. fuhhhh fuhhhh.. ibu call aku pong pki viber tau. hahaha

habis part one. STAY TUNE FOR PART 2, 3 

Saturday, November 3, 2012

Rules of Chatting

Helloo Kopi Kopi looo campur milo jadi KOMI PILO warga blogger..
sihat tak? sihat kan kan kannnn~ tak sihat g tidoq balik na..
Hari ni kita akan sembang pasal RULES OF CHATTING. Natang mender lak ni? Dalam bahasa melayu die syarat bersembang atau syarat ber-chat-ing HAHAHAH! Translate la sendiri. Alaaaa.. sembang pon nak kena ade syarat ker? errrr~  OK! aku maksud kan chatting yang bukan face to face lerr.. menggunakan laman FB, TWITTER or WHATSAPP. Ape ape saja yang berkaitan dengan chatting. bukan CHATIME tau. eyh! sedapgak kalau minum chatime ni. grrr~ back to the topic..

1. "BUAT APE TU?" kang kalau penerima tuh cakap tengah berak, korang kata pengotor plak. Sah-sah la kan die tengah online FB, or main mesej kauorang. Cuba korang tukar kan menjadi "TADI BUAT APE". (tapi macam mana kalau tadi die tengah berak?) hmmm..Yang penting tukar laaa.. BUAT APE TUH? nanti dia senaraikan ape die buat secara detail, ponat ikau nanti. 

2. "K" kalau pengirim hantar hurup K semata, tolong la paham die mesti malas nak layan kau sebenarnyer dah, Tak payah la kau gatal sambung nak reply, "dah makan? Dah buat homework?" kang tak pepasal sentap sengsorang. Tapi kata orang, kalau perempuan balas K maksud nya die merajuk. Kalau lelaki maksud nye die MALAS layan kau gegirlll semua~

3.  "ASSALAMUALAIKUM, TAK JAWAB SALAM DOSA"  yer3! semua orang tahu tak jawab salam dosa. Tapi tak yah lah mention cam gituh. Kata kan kau orang baru jer nak 1st chat dengan awek tuh, cer bagi jer salam.. Kalau awek tuh islam, die kompem akan tau dosa. Kalau die tak balas tuh, errrr~ mungkin die jawab dalam hati. yeahhhhhh! 

4.  "AWAK, TOLONG LIKE BLA BLA BLA BLA BLA" eyh! kau orang pernah kena tak? aku selalu kena. BENCI nau aku. Kalau kengkawan kita kenal takpe lah jugak di layan. Ini yang entah tak pernah tegur, bila nak menang reti cari kita. grrrrr~ Sebab tuh aku suke off chat. Kalau share adiah sesama tak per jugak. HAHAHHAHA! 

5.  "SPAM" uhhh~ ni lagi satu. seangkatan dengan diatas. Kot yer pon, nak buat penambahan duet pocket, tak payah la ganggu chat room orang lain. Post jer kat twitter or Status FB. Kalau ade orang ikhlas, mesti klik klik punya.

6.  "SOMBONG NYE!" Gegirlllll~ uolls mesti selalu kena ni kan? Yang jenis tak melayan laaaa~ kan kan kannnn~ Actually boboi semua, weolls ni bkn SOMBONG or seangkatan dengan nye. Weolls cuma tak suka melayan. Atau uolls boboi, cer tukar. Jangan label gegirl semua sombong. TAPI jual mahal sedap sikit bunyi nyer..

7.  INI kompem semua orang buat, kenapa mengapa apakah chat chat anda tak dilayan oleh penerima. Sebab bila chat masuk, kompem penerima tengok profile anda dulu. Kalau ensem atau cantik atau berduet atau nampak baik, mesti laju balas. Kalau had pakai gambar kartun, ckp merepek2 dengan bahasa allien "titewr yayang abby itewr, abby itewr omeyr alah eyya pajiwa" tuih tuih tuihhhhhhhh~!!!!!


SEKIAN~ ini gurauan semata.