Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Friday, December 14, 2012

PART 3 SINGAPORE

Part 3, kami di UNIVERSAL STUDIO of SINGAPORE!!!!! yeahhhhh!!! Akhirnye! Ni la tempat yang memang aku nak pergi setiap kali datang singapore. acecehhhhhh~ macam selalu nau datang kan.. Insyaallah, tahun depan ade duet aku datang lg. HIKHIKHIK! Excited tau aku nak datang sini. Siap beli jajan banyak-banyak kat swee hin chan, kualakangsar, sebab takut makanan kat situ mahal. Yelaaaa, Aku ni mana pernah main roller coaster. Dulu berangan la kejap bila naik bot kuala ke bus wai thong, macam naik roller coaster. Malam sebelum sabtu tuh, Adam reserve taxi untuk 5 orang penumpang, pukul 9.30 a.m . OK! reserve taxi aje 18 dollarsing. Belum perjalanan nak pergi. Tepat 9.15 a.m taxi dak terpacak depan umah. Diaorang memang akan datang 15 minit awal selalunya. Sebab taknak lari masa yang diaorang jangka untuk kita.



So, kitaorang sampai lebih kurang 9.50 a.m. Lebih kurang setengah jam jugak la. Aku ingatkan dekat jer, huhhh~ Ngantuk aku sepanjang jalan. HARGA? aku bagi adam 50 dollarsing. Tapi adam cakap kat uncle tuh

"keep the change uncle"
dalam ati aku terus,
"WHATTTTTT!!!!"

Terus aku pergi kat Adam, berapa taxi tadi. Muka Adam dengan selamba kata
"maybe 42dollar, campur dengan kita reserve die nya kakak" ohhhhh~ OK!






Dari taxi stand, kami kena naik tangga bergerak tuh. *apo nama die??? LANTAK LA!
RAMAInyaaaaaaaa~ *terpegun sekejap
Kami pon kelam kabut cari tempat beli tiket, sebab takut terlewat. Ingat kan masa beli tiket la susah, kena beratur lama ke kan. Rupanya masa nak masuk kena beratur lama sikit. EYH! before terlupa, Harga tiket masuk :

weekdays: 64dollarsing
weekends: 74dollarsing
TAPI!
weekdays yang jatuh pada "peak day": 74dollar sing.

Kebetulan minggu aku pergi tuh peak day. Budak-budak kat singapore cuti 4 hari, maka secara dengan hati terbukanya 74dollar per head *lagipun tuh hari sabtu. HAHAHA!
"miss, malaysian?"
"yes3!!! but he's american" *semangat tau aku jawab sambil angguk2 kepala, jari tunjuk adam
"Bring your passport? Satu jer tunjuk. Then, uolls akan dalam 10% less untuk ticket serta 20% ticket tgk magic show"
"Alhamdullillah"

Sepatut nya harga tiket 74 dolarsing, kita org dalam 66.6 dolarsing. So, 5 kepala 333.3 dolarsing. JIMAT! LETsssss ENJOYYYYYY!!!!!!


1st place, New York city. Adam terus cakap kat aku " Eyhh, New york ni." grrr~ Aku pong reti baca. View teempat tuh memang ovrsea abis la. Cuma tak de Salji jer. 1st kedai kitaorang masuk, kedai candy. Aku ni suke benda-benda berkaler kan candy.. Macam aku plak kanak-kanak di situ. emmgeeee! emmmgeeee! Tak boleh jadi, aku terus keluar kedai tuh. Biakan adam beli candy.






























 EYH! TRANSFORMERRRRRR!!!! OPTIMUSSSS!! BUMBLE BEEE!!!

"Sejam lagi bukak dik"

Whattttt de heikkkkkk!!! *dorang tarik-tarik aku



2nd place, Sci-Fi City. Kita naik benda cam cawan kaler kuning. Alaaaaa, pusing jer cawan tuh. pusing-pusing jer. Ade 5 cawan. ! cawan muat 5 orang. Bila start jer pusing APE NIIIIII!!!!! Laju kot. boleh terbang tauu. Siapa yang kering cam member aku Zejjah tuh, kompem terbang melayang. Fuhhhhh~! mujur dinding cawan tuh tinggi. Kalau takkkkkkk~ Time nak blah tuh, aku cam dengar orang menjerit dari atas kepala. WOWooooo~ Roller coaster. Terus g kat Adam and Amar.




 "Adam, kalau nak tangkap gambar dengan akak.. bagitau jer"

*nampak tak, muka aku semangat? ni sebelum benda tuh pusing hookkeyhhh*

"Amar jom laaaa naik tuh" *Tarik-tarik tangan amar. Aku pon tak tahu saper adik kat sini.


*ni sebelum masuk pintu rollercoaster yg scaryyyyyyy*

Amar dengan adam taknak, So, aku, Iera and Addin jer. OKKK! Kena masuk hanya berbekal kan pakaian sajer. Selipar pon lebih baik tanggal. Excited gilo weyhhhhh!!! Addin siap psan sebelum naiik
"AKAK, kamu jangan jerit!"

ape niiiii~ 2 3 kali addin warning keras kat aku. FIONEEEE! tak jerit! Aku tengok orang depan aku naik, EYH! kejapnya, 2 3 minit jer. OK! giliran kami.. YEAHHHHHH! pakai safety ketat-ketat, kang jatuh takde spiderman atang sambut nayee~ THREE TWO ONE~ Mase die naik yang paling tinggi, WOAHHHHh~ masa nak turun.. ??? Aku pejam mata! GILOOOOooo!!!! ASAL LAMA SANGAT NI! ni macam nak bunuh diri. Sampai hujung perjalanan, aku tutup mata! Disebab kan aku tutup mata seketat nya, maka secara automatik aku memang tak menjerit. Jadi 3 minit aku membazir di situ.. HAHAHA!

Turun-turun, kaki cam tak pijak tanah dah. Terus cari amar n adam. OH ye! setiap exit play station korang, korang akan keluar kan kedai souvenir die.

4th placa, ANCIENT EGYPT, The MUMMY!!!! macam scary tak? HAHAH! Aku suka view The mummy nye tempat semua macam zaman purba. Adam kata THE MUMMY best. Tak macam Roller Coaster. OKKK! sebab, aku cam dah serik main yang Nylon td, aku xmau la naik roller coaster. So bila adam kata the mummy ok, aku on la. Aku APE nIIIII!! kenapa kna naik kereta cam roller coaster ni. ?? Tapi permainan ni dalam bangunan pyramid ni. Pyramid ke? *LANTAK LAAA~ ok~ mula-mula die bergerak perlahan jer. TIBA TIBA!!!! ARGHHHHHH!!! *laju! dia nak langgar dinding!!!!! TIDAKKKkkk~ *kali ni memang aku jerit kuat2. Kereta ni stop, ZAPpppp~ kereta ni ngundur dah turun bukit.. ARGHHHHH!!!! APIiiii!! View n scene mummy2 kat dalam tuh, memang superb. THE MUMMY, mesti masuk kalau korang pergi sini.













*aku pong tak paham apa yang aku sedang lakukan ni*






Oleh kerana kami dah kelaparan benor, kami perlukan nasi. Kebetulan dekat The Mummy tuh ade kedai makan ala ala arab plus mamak. Dan keyakinan restoran tuh halal, kami pong masuk. Dia punya makanan ade set k. Set 1,set 2, set3, atau kids meal. Ade lagi. tapi ingat yang ni jer.. SEt 1,set2 dan set 3 harga die !3.80 dollarsing tak termasuk air. Bebudak ni amik set 3 dengan set 2. Aku? aku amik kids meal. Bapak r, kids meal pong kenyang.. Nuggets and wedges serta air dutch lady strawberry.. yum yummmm~  Semua sekali makanan kitaorang dalam 75 dolarsing. fuhhhh~ mujur duet wancik..


Tepat pukul 2, kami solat. EYH ade surau? mesti lah ade.. dekat diantara the mummy and sci-fy city. kecik. Tapi ok laaaa.

5th PLace, kitaorang patah balik ke Transformer. Kat sini kitaorang kena beratur ama. Sebab Transformer memang sangat De bombbbb! BEST SUPERB! 3d 4d mungkin.. die bawak kau naik satu kenderaan seolah kereta tak berbumbung, then tengok wayang 3D. Bayang kan jatuh bangunan, bomb dpan mata. peluru. Fuhhhhh~ Aku and iera dapat seat depan plak tuh.. memula tutup mata intai-intai. last WOW!!! OPTIMUS!!!! BUMBLE BEE!!! selamat kan kami.. hmmm~ terus jatuh cinta~ Tak boleh describe la keseronokan transformer.. memang best!

6th place, kami pergi dekat The Lost World. Macam tema ala ala Jurasic Park. 

disebabkan tak cukup masa, kami tak naik benda alah ni.


 
*ni kami tengah mengambil locker untuk simpan barang dekat lost world. satu locker 4 dolarsing. emgeeee!*



Dan di The Lost World, kami hanya main di Hydroelectrical Planet, Jurasic Park. Macam syiok kannn? Die bawak kita jalan jalan dekat dinosour. Tak la scary memole, sebab kita tau tuh patung. Tapi bila masuk kat tempat gelap, dalam bangunan tuh.. Aisyhhhh! takut gak.. kang ghoper Thee mummy, nanges gak aku. HAHAHA! Kat dalam tuh, situasi die seolah kita berada kat tempat emergency. gelap. Ade lampu emergency merah, sebab didepan kami ade GAUNG! macam air terjun tuh.. huhhh~! time nak keluar ni, BASAH ok! mujur aku pakai baju hujan. Kalau tak, seksi kami. ngee. Baju hujan pong, selai 3 dlarsing. MAHAL!!! Adam, amik baju hujan tuh wat recycle die.

Masa Dah tak cukup. Waktu ni dah dekat 4.30p.m. So, kitaorang gerak pergi Far-Far a way. Istana puteri raja. Tapi kami tak masuk. Just jalan kat luar. Memang tak cukup masa da masa ni. 








*memang aku dah jatuh cinta dngan puteri fiona. acaner ni?




 *ape nama kucing ni? citer dye la yang aku bantai tidur dalam wayang kaw-kaw*


Sebelah Far Far Away, ialah Madagascar. Tapi kami memang dah kesuntukan masa, Jadi kami tangkap-tangkap gambar and Bebudak ni lari pergi ke The mummy, untuk solat di surau sana. Aku and iera pergi ke New York city, Iera nak beli sikit souvenier lagi.







 Pukul 6.15p.m kami berkumpul kat luar. Di luar Ade Kedai coklat Hershey. My favvy!!!!




Dan akhirnyer, lebih kurang 6.30 kitaorang pergi taxi stand balik. Kena beratur sambil tunggu taxi yang muaat untuk 5orang. fuhhhhhh~ lama gak. dekat 6.35 p.m baru dapat. Dalam taxi amar and adam bantai tidur siap dengkur. Penat bebudak ni. Tambang taxi lebih kurang 35doarsing kot. Aku tak ingat. sebab, kali ni die bawak kitaorang lalu woodlands dulu.Jauh sikit. 7.30 sampai rumah.

Alhamdulillah. 

Ini ape yang aku beli di sana. Candy rainbow ni aku beli 6.50 dolar per packet. Buy two free one. Dekat Hersheys.