Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Monday, October 29, 2012

HARI RAYA QURBAN

Selamat malam warga blogger. Sihat ker weyhhh? Mesti la sihat kan, yela baru lepas raya. Mesti kome kenyang makan daging Qurban. Mesti macam-macam masakan yang korang buat kan.. dap nyerrr dap nyerrr.. HAHAHAHAH! daging panggang, sup tulang, sup ekor, daging rendang.. fuhhh fuhhhh~! seronok nau ea..

Tapi kesedihan la buat aku dan warga seangkatan aku yang tak boleh menikmati masakan bersumber kan daging, daging fresh. uhhh~! Tak baik erk mengeluh. Memang aku tak makan daging. KENAPA? aku allergic melampau nau. Sakit perut mengalah kan orang senggugut. SERIUS baq hang! then, bila sakit perut sekali dengan kepala pusing n denyut baq kat hang!. fuh fuhhhhh~!!! cannot.. Tak tahan aku. Oleh kerana tu aku dah hampir 10 tahun tak makan. EYH! ade makan, Termakan n Tergatal makan..

oh yer! SELAMAT HARI RAYA SEMUA! plz, nak duet raya, nak kumpul duet ni!
HAHAH!

Hari ahad hari tuh aku g penang, hantar amar cikebooommmm balik asrama. Perjalan masa bagi, ok laaaa.. smooth jugak laaaa. Masa balik.. WHAT THE FISHHHHHHH!!!!! jem gilo! dari pukul 1 sampai kul 430 baru sampai rumah. Bayangkan aku kelaparan tahap kritikal dah masa tuh.. Tak pernah di buat aku. 3 jaam setengah nak sampai kuala kangsar. Jem giloooo! Dan mereka yang pulang ke Key ell pon aku dengar teruk gak masalah yang di hadapinye. tapi selamat sampai dah kira alhamdulillah la kannnn..



ni masa atas jambatan, on the way nak pergi balik pulau. Elok cantik lancar jer kan.. uhhh! bila nak berolak balik, tersangat penuh warga malaysia ni..


EYH! blog aku, gambar aku la kannn~ ni bukan amar. ni addin. Sentiasa redha kena peluk dengan aku.


lepas tangkap gambar ni, terus die kata. "OK! saper tinggi lagi" WHAT THEEEEEE ...?? 


texting dengan siapa tuhhhhh~ 

uhh, my numb of this jersey is SEVEN. GIVEN by senior. HAHAHAH! thx senior!! mujur muat.. tak muat memang dapat kat addin le jawab nyer. 

Tuesday, October 23, 2012

Ubat jerawat


JERAWAT? oh TIDAK!!!!! Dekat 3 bulan aku alami masalah jerawat yang kritikal untuk aku. MENCIK MENCIK MENCIK!!!! sebelum aku alami jerawat berterusan selama 3 bulan ni, jerawat hanya akan datang bila seminggu sebelum period. Sedih gilorrrrr~ TENSI TENSI TENSI! aku tgk muka. Ngadu kat kawan baik aku.. Kat semorang aku ngadu, sakit. Sakit woiii! die tumbuh merah-merah, nanah, kecik-kecik. 

dolu masa aku belajar aku selalu bermakeup, tak da pon masalah ni sampai kritikal. grrrr! sejak ak berpraktikal muka aku menjadi-jadi. Terkena allergic. Macam produk bertukar-tukar semata nak hilangkan jerawat aku..

Sampai skin lab aku guna, TAK JALAN! Hada labo, TAK JALAN. NATASYA? die buat kulit aku mengelupas mula nyer. Krim malam dia, alhamdulillah buat reda sikit jerawat aku. Tapi bila ramai kata kat aku natasya produk bahaya, ak macam dah seram. LAGI TENSI! whatsapp along, "TOLONG! tension kulit aku ni" kesian along kena dengar aku bebel panjang-panjang! whatsapp kiwan "KULIT aku..." kiwan suruh pergi klinik kook. Aku tak caye dah semua ubat-ubat ni.. 

Tapi dulu pon aku pernah alami masalah ni, aku menggunakan T3 mycin lotion pny. Laju jalan. Sekarang lembabbbbbbbb!!!! mungkin makin tua, makin lembabbbbbbbbbb!!!! Last ly, aku pergi jugak klinik KOok kat kuala kangsar.. 1st time in my life aku g klinik ok. HAHAHHAHA! selama ni bayar sehengget jer kat hospital. itu pong jarang amat!

pergi-pergi jumpa doktor, doktor tanya sakit ape. Terus aku merengek. NI nampakkkkk!!! HAHAHAH! doktor kata ni mau hilang 2 3 bulan ni dik.. grrr! takpe, nanti saya datang klinik lagi. Laju doktor bagitahu, TAPI KLINIK NAK TUTUP DAH. errrr? nak bukak cawangan kat mana. TUTUP TERUS! saje jer doktor ni kannnnnn~

ni ler ubat die bagi
1. doxycillin
2. vit c
3. clindamycin gel
4. pencuci muka.


ubat biji ni macam membazir jer aku bayar. Sebab, ak bukan boleh telan ubat pong.


so, if korang ade masalah kulit cam aku, aku suggest ubat ni kat korang. clindamycin ade tab, gel n lotion. aku pernah guna lotion. Laju! tapi die ade bau ubat yang sangat kuat. Gel? aku baru guna, so nanti aku update. ubat-ubat ni korang boleh dapat kan kat farmasi pong!! cuma dia antibiotik.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 21, 2012

Hye.


assalamualaikum! dan selamat pagi buat kaki blog semua. Hello Hello kopilloooooo~ HAHAHHA! ish! awal nyer aku update ni. Selalu aku update waktu memalam jer.. asal pepagi ni da update. HIKHIKHIK! Sebab, jumaat minggu lepas, aku NURHASNATULNABILA, student Diploma in Pharmacy UITM telah tamat berpraktikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun selama 11 bulan.. Fuhhh fuhhhh~ Pagi tadi masa bangun pon, rasa macam nak pergi kerja. Mujur aku memang dah siap lipat cecantik baju and seluar aku buh dalam almari. Kalau aku letak kat hanger, kompem aku ngigau pergi kerja.

KIHKIHKIH!

jangan jeles nyer warga junior yang sedang berpraktikal tuih! Hafis, Nazrin, Diyana, Wiya, Yana, Tikah, Zahra, Farhana dan lain-lain.. selamat berpraktikal dengan jaya nya di HRPB! kesabaran anda amat di perlukan. Walaupun kadang-kadang rasa nyampah duk OPD, actuallly, ia sgt seronok dari tak buat mender.  PEACE!

Minggu lepas hari ulang tahun keberanakkan aku. Hari aku bernafas secara sendiri di muka bumi allah. alhamdulillah! aku membesar dengan aktif dan jaya nye selama 22 tahun ni, atas jasa baik ovum and sperm ibu ayah.. Thanks allah for giving me the best mother and father in my world.

Tengok ape aku dapat birthday aku ri tuh..
Tarrraaaaa~!

 this is from my big brother. Pen kaler pink! my favvy kaler.. Dan, di atas pen tuh ade ukiran bertulis
"hepy b'day, BELLA"



this is from my dad, before ni aku ada my post kan sal hal ni. Ayah bagi akau samsung galaxy tab 2, sempena aku tamat berpraktikal dan sempena aku punya birthday. Ngeee~ Thx ayah!


this is from Fameela SAnofar. who? Kak famee laaaaa~ shes the best sister, the best mother, the best practical-mate, and the best..... urmmmm? ape ape laaa! tapi die mmg the best! my idol ni, kahwen awal, jadi mummy awal. PEACE KAKAK!


hahhh! pinky handbag from my gojes the boom friend. NGeeee! i call her as keyone but her original plus spicy name is MASWANI. My gojes friends. Ngeee~ Die bagi masa kami nak pergi berenang. WOwww! HAHAHAHAH! thx beb, aku suke gilos!2nd bag kaler pink. Hadiah untuk kau hujung bulan 11 baru aku bagi.

Dari ibu? heee.. Ibu bagi album gambar sebenar nye. Tapi tak tangkap gambar, Album tuh sangat comel and classic. Ibu bagi pada aku n wawa. Tapi ibu dah sedia kan sesuatu untuk aku tengah bulan 11 ni. Thx mummy!

Dari future husband? "tak payah!kau kumpul jer duet cecepat Future husband"

p/s masalah ade ker future husband nyerrrr.. Errr!

Tuesday, October 16, 2012

kenapa kahwin awal?

Sejak nak abis praktikal, aku sering di tanya selepas ni aku nak buat ape. Mulut aku ni laju dan akan sepantas kilat kata KAHWIN! walauapapun, jawapan first aku KAHWIN! HAHAH! Actually, dulu aku pon tak pernah terpikir nak kahwin awal dan KAHWIN AWAL bukan 1st impian or berada dalam doa aku. Nak tau sape ubah nyer? HAhhhhh~ tuh tuh tuh tuh tuhhhhh! bebudak umur bawah setahun dari aku. Semua ni bermula masa aku sem dua.

 Aku selalu pandang pelik kat bebudak ni bila dorang kata,

"kalau boleh esok pon aku nak kahwin" 
"Paling awal esok aku kahwin dan paling lambat before 25"
"aku nak kahwin dengan pilihan mak ayah aku"

Alahaiiiiii! bebudak ni. Pelik nau aku nengoknyer. Padahal dorang ni bebudak yang ade ilmu, yang bijak pandai, yang datang dari bandar, yang bukan perangai kekampungan dan malah, dorang ni bebudak yang miliki rupa paras yang cantik dalam dan luar

Asal hahhhh kahwiin jadi pilihan? 

Itu ape yang aku pikir dulu. Sampai satu tahap, aku setuju dengan dorang YUP! kahwin awal perlu di galakkan dikalangan pelajar.KENAPA? 

Alasan biasa kenapa nak kahwen awal?
-Nak elak dari melakukan zina or dosa.
-Nak bercinta dengan cara yang halal
-Cinta yang amat bangat.
dan lalallalalalalalall~ korang boleh google kalau nak tau alasan selebih nye.

TAPI aku setuju segala alasan di google tuh. Kahwin awal, bukan satu alasan dimana korang tak boleh  nak belajar, tak boleh nak enjoy, Atau penamat kepada korang punya cita-cita. Di sini, adalah satu permulaan bagi sebuah hubungan yang halal, yang akan membuatkan korang menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, dan membuat kita menjadi anak yang soleh. Insyaallah kita akan lebih tenang bila berkahwin dari berkapel.

Walauapapun, bukan senang untuk berkahwin awal. Dah sedia ker? Dah yakin ker? Dah kuat ker? Yang lelaki, apabila perkahwinan itu berlaku, yakin ker awak boleh bertanggungjawab terhadap zaujah awak? Dah bersedia ker nak tanggung dosa yang isteri awak lakukan? dah mampu ker adil kan diri awak dan beliau? Dah cukup ker kewangan tu? 

Yerr, duit bukan segalanye, tapi ingat makan dan minum hari ni bukan macam zaman dulu. Duit sewa rumah, minyak kereta.. bukan free

Ramai kawan aku yang kahwin awal. Hampir kesemua mereka yang kahwin awal bahagia. Miliki anak yang comel. Alhamdulillah.. melihat perubahan mereka selepas berkahwin buat aku lebih semangat nak mengikut mereka. Ada jugak diantara mereka yang ada ujian dalam membina keluarga ni. Namun, dia atasi dengan rasa tanggungjawab sebagai isteri. Ada sahabat aku, yang sudah miliki anak usia 6 tahun. Berkahwin, mengandung dan membesarkan anak sehingga umur 3 tahun, baru die sambung belajar. Melihat sikap keibuan dia buat aku lebih semangat juga.

Tapi tak semua diantara mereka mengalakkan aku berkahwin awal. Kata mereka, aku kena kuat dahulu. urmmmm? Tak cukup kuat ker aku?

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan ibu, kenapa dia berkahwin usia 21 tahun..

kata ibu "diwaktu itu, ibu fikir apa yang akan ibu lakukan nanti dosanya ditanggung oleh opah n atok. sebab itu ibu kahwin awal. menjaga maruah keluarga serta agama" 
Kemudian aku terpikir, Betul! apa yang aku lakukan hari ni, aku bakal mengheret ayah, amil, amar dan addin ke neraka. 
Astagfirullah al azimmmm.. maaf kan adik!


Dan hari ni, bila di soal pada aku mengenai perkahwinan... Jawapan aku sama seperti member-member aku
"kalau boleh esok pon aku nak kahwin" 
"Paling awal esok aku kahwin dan paling lambat before 25"
"aku nak kahwin dengan pilihan mak ayah aku"

Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud:

"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"  

macam mana kalau yang datang bukan ciri-ciri pilihan suami?
KAYA? RUPA? ROMANTIK? KURUS? COMEL? TINGGI?
itu bukan yang aku cari. Yang aku carik seorang penoreh getah, seorang nelayan, seorang wiring, dan seorang guru. Dan seorang yang meletakkan cinta die pada allah lebih dari aku. Kenapa penoreh getah, nelayan, wiring guru? Dan bukan seorang yang kaya raya? sebab atleast die mampu lakukan dengan diri sendiri tanpa menyusahkan orang. Insyaallah mampu melindungi anak-anak aku. 

Saturday, October 13, 2012

Venus Angelic


assalamualaikum dan selamat pagi! Hello my dolly molly inky pinky cotton candy clouds! Korang Sihat? ofcuz la sihat kan, hari ni hari AHAD. TODAY  IS SUNDAY DAY!!!!!! hari favvy semua orang yang da bekerja. But, hari yang mengacau mood budak sekolah. yelaaaa, esokkan isnin. Ade perhimpunan. so, siapa yang tak basuh basuh kasut lagi, pergi laaaaa basuh. Malas basuh tak per. Ada cara lain. Kau pergi sembur minyak wangi, downy kerr or whatever! HAHAAAHHaHA! 



Tajuk utama kita ari ni VENUS ANGELIC. Kenal tak? kenal? TAK??? Shes not a singer or actress or fashion designer. But shes a blogger, youtuber , and shes someone who crazy with kawaii stuff or all bout japanesse. Her blog and  her youtube channel more talking bout japanesse stuff , make up and all bout girl stuff. Hehhhh, Shes talking and walking like a dolly live. 

Umur Venus baru sahaja mencecah errr... kira sendiri. Die lahir 8/feb/1997. Nak bagi hadiah kat dia boleh post ke alamat rumah aku. Murah sikit. Sebab die ni duk kat LONDON! Mahal tau tiket kapal terbang. baik post kat aku, perak jer. Dalam malaysia lagi.


korang boleh search youtube channel, twitter and facebook die just taip VENUS ANGELIC. Suara die yang ke-anakpatung-an tu, telah di parody atau di nganjing kan oleh pembuli youtube. HOHO! adat lettewwww , asal femes sikit, mesti ade pendengki rite. Aku layan jer youtube die, tapi nak follow ikut tips die tuh.. INGAT AKU RAJIN? Hahaha! 



ini gambar semasa die buat video macam mana nak kelihatan seperti LELAKI. ok.. mungkin berguna buat mereka yang.. OK next!



ini, rambut baru beliau dalam 2 bulan ni. Dari blond panjang, die berani mati short kan rambut. Kalau ibu aku, mesti kata 
"Jangan Mengada-ngada!"

HOHO! ok... 
bye2! 

Selamat Bertunang


Hamboi aku posing... berangan jup. Dah lama tak bergambar. EYHHH!!!?

actually, semalam jiran baru aku nak bertunang Dia baru jer berpindah masuk ker rumah arwah atok. Jadi ibu amik kesempatan itu jugak buat kenduri arwah.. :'( Dan sebenarnya, aku dah tak masuk rumah arwah since bulan 1. Sebab, setiap kali masuk, airmata aku nangis. Aku tak pernah lupa saat akhir arwah. how i miss him badly 

DANNNNNN~

12/10/2012.. SELAMAT BERTUNANG, Jiran Baru. HOHO! Actually she's my cousin.. Tapi sepupu jauh la. Tapi lagi die panggil aku Acik Nabila. OMGGG!!! 1st time orang panggil aku cam tuh, even umur die lsebaya aku. Ala, bukan masalah apa pun. Tapi serius seronok plak bila dengar orang panggil kita acik. HIKHIKHIK! macam da kahwen and ada anak. :)

OK! ekin, TAHNIAH! semoga hubungan ni berpanjangan dan berkekalan hingga akhir hayat. insyaallah! AMinnnnnn~ aminnnnn~ semoga jugak acik bakal ikut langkah ekin tak lama lagi AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNN~ 1000x
HAHAHAHAHHA!




and ini la future hubby ikin. errrr... SORRY tak tahu nama.


dan ini si montel a.k.a ENDANG! hahaha, anak angkat family ni.. shes cute and sangat kuat ckp.. 
shes calling my dad as atok and my mom as opah. me? mujur panggil kakak..
"kakak, jom bagi keli makan. " SANGAT comel~



walauapa pun, gambar aku tetap jadi keutamaan.
sekian TERIMA KASIH

Thursday, October 11, 2012

Tasbih..


Selamat malam jugak. Masa aku balik dari hospital hari ni. kira dalam kereta petang td la.. Masa drive, TERKEJUT aku bila secara tiba-tiba tasbih yang digantung oleh ibu terputus. PELIK! putus masa kereta berhenti. bukan bergerak atau terlanggar apa-apa. EYH! naper ni.. Hati aku dah tak sedap  da..Sampai rumah terus aku call ibu, 
"Ibu, semua orang ok kan??"
itu soklan pertama aku.. ibu sendiri terkejut bila aku call tiba-tiba tanya macam tuh. 
"Tadi tasbih ibu gantung terputus. Takut sesuatu terjadi. Abg dah balikkan?"
Masa tuh ibu kata, abang belum balik dari hospital sebab hujan lebat di kampung. 
'semoga tak ade ape ape yang terjadi, mungkin ni usikan syaitan'
ALHAMDULILLAH, tak ade ape pong yang berlaku. mungkin tali tasbih tuh terputus sebab dah haus sgt..


tapi serius, memang terkejut aku. macam nak gertak jantung ni..

"YA ALLAH, lindungi lah keluarga ku dari segala malapetaka. Lindungilah dan kasihi la ibu ayah ku seperti mana mereka menyayangi dan melindungi ku"

Tuesday, October 9, 2012

Wanita Dan Bra.

Hye semua..,.!!!! opss! Assalamualaikum.. Hari ni aku nak cakap sikit pasal Wanita and Bra. BRA???

"psss.. 
Lelaki semua, walaupun tajuk i ni pasal WANITA DAN BRA.. uollssss perlu tau jugak tau. Sebab nanti uolls pasti akan kahwen dan pasti perlu paham sendiri owkeyhhhh! "

HAHAHAHAHHAHA! 

Sebenarnye, bila berkaitan dengan isu bra and seluar kecik tenonet tuh.. pasti  menjadi sensitiviti kaum iollss. Tapi ada benda yang perlu kita open minded untuk mengetahui sesuatu isu yang kita tak pernah alami. I mean, u laaa lelaki.. sebab, uollssss kan tak pakai bra. Weollsss yang pakai. EYH! ape aku merepek ni. Okeyh berbalik pada tajuk. aku nak bagi tips kat remaja perempuan bagaimana nak beli bra. 

KENAPA? takkan la tak reti nak beli cam ner kan...

Bra mempunyai ukur lilit dia sendiri, kalau kau tak bijak nak beli. Maka kau bakal lah salah beli kan. Kang sesuka ati mintak saiz tu ini, Kau pakai pakai, AMBIKKK kau.. tak muat! terlondeh! jangan tercicir sudehhhh. Ala jangan memalu. Aku masa budak-budak dulu pong malu do nak beli alah ni. Terpegang benda alah ni kat mall pong aku terkejut. Yolaaaa, kalau dah susun membukit, mau tak rasa mcm pegang orang punya. Aku ini udoh la sorang anak pompuan, tak tahu nak rujuk kat saper. Orang lain at least ade akk or adik yang boleh teman and share. Takkan aku nak ajak abang beli bra kannnn. Mujur lahhh, aku ada ibu yang memahami aku. Dia lah yang tolong aku beli. ehhemmmmm~

BAGAIMANA NAK TAHU UKUR LILIT KITA BERAPA???
Ape lagi bukak laaaa baju, meh aku tengokkan. Tak pong biar aku yang ukur kan. Tapi kalau aku buat, aku tak mau nak pakai tali ukur tuh kannnn. Aku rela hati ukurkan pakai jejari runcing(gemok) aku ni.. HAHAHA! gurau woi. 

Korang biasa tak tengok saiz kat bra tuh? kan ade tulis 32A 42D 36B. Pernah nampak ker idok? Tak pernah, maka kau pergi ler buat cermin mata. Yang laki kalau tak pernah, takper! (tapi aku tau uollss lagi Hebad kan bab2 ni ) HAHAHA! ok ok ok! jangan garut ~

32 34 36 38 tu, adelah ukur lilit badan kita. MACAM MANA Nak tahu? kau amik tali ukur tuh.. errr! tali ukur ni nama ape senarnyer ni? nantilah aku google. HAhhhh~ amik benda tuh, ukur la bawah breast korang. YUP! Diatas tulang rusuk korang tapi betui2 bawah breast tuh. Amik inch tau. bukan cm. Kang ade promoter bra nangis kang.. pastu kalau genap nombor nyer genap, macam 28 inch. korang tambah kan 4 inch
28+4=32
kalau ganjil, macam 29 inch.  Korang tolong tambah kan 5 inch
31+5=36

ok?

itu ukuran bagi nak tahu number laaaaa.. 

yang cup plak?
yang cup tuh korang ukur diatas breast korang, ok? ukurrr~ ehemmm! Then, katakan korang dapat 35 inch kannnn.. korang tolak plak ukuran atas breast dengan bawah breast tadi

35inch(atas breast)-31(bawah breast)= 4inch kannn?

jika perbezaan 1inch maka korang adalah cup A. Diikuti seterusnye. 2inch Cup B. 3inch Cup C dan tadi kita kira 4inch kan? maka Cup D la korang. Jangan tanya kalau ada bezaa 5 atau 6 atau 7 k. aku pong tak tahu yang itu..

okeh tamat sudah bahagian ukur lilit.

Dalam memilih bra, kita ade design and jenis jugak. Ade kanak-kanak punya, remaja punya, Mak-mak punya dan ibu mengandung pong ade. Yang untuk malam pertama pon adeeeee~ EYH! Kita ade bra separuh (half cup), bra penuh (full cup), bra sukan, push up bra, strapless bra. So, jangan beli sesuka ati.. asal nampak cantik jer beli. Nampak comel jer beli. Tak mau cam tuh..

Bila korang dah belikan? jangan la terus pakai.. basuh dulu. Sebab, kalau korang beli kat mall kan.. kan boleh try try dulu, eeeee! basuh la dulu, Elak breast cancer and jangkitan kuman. 


p/s aku ni nak jugak letak gambar bra or breast supaya korang paham. tapi... aku rasa macam tengok gambar lucah plak. Aishhhhh~ tak boleh jadi.

yummmm yummmm~


oh yer! kenapa aku kata lelaki jugak haru tahu mengenai ni, sebab satu hari nanti korang ade anak perempuan.. bayangkan jika isteri korang outstation atau sesuatu yang kita tak jangka kan terjadi.. jadi ini lah guna nyer. Selain tu, ketika isteri korang bru bersalin. bantainyer isteri suruh beli bra.. amikkk kau!

ok bye! kirim salam kat bakal isteri and bakal suami ok..



Monday, October 8, 2012

Jelous.

Jeles! Jeles! Jeles! Jeles!!!!!
Jeles dengan Kiwan.
Bior biorrrrrr!!!
grrrr~ 

foine! hate u, ipong user!
HAHAHAHAHAHAHAH!
jeles..
tak kira ari ni kita tak mao kawan awak.
sebab jeles amat sgt. 
saje je kan, bagi kita jeles.

Kenapa aku jeles?



hahhh! sebab mender yang tengah intai tuh laaaa..
kiwan, ipong user. Senang jer dapat casing comel-comelolooooo HK.. 
nanti kita pong nak tukar ipong gak la.
Suami, beli kan kita ipong plzzzzz. nak bagi budak gojes tuh jeles plak.
HIKHIK!

gurau semata. TAPI TETAP JELES!

Header baru Hello KITTY!

Setelah ponat den mengedit dan mengubah kan header den. Sudahnye, jadi ler sesimple ini dari sesimple dolu. Dolu-dolu, ade ler terpampang muka den. Tapi muka sebelum berjerawat Teruk. Laaa ni.. den punya muka udah jerawat, jeragat dan segala JE la datang. Tapi tak per, walau sakit.. ade hikmah nyer. insyaallah.. (ayat cover sedih)

kenapa HK?

suker la ati den.. HAHAHAH! actuaalliiiii, den memang minat dengan Hello Kitty. Sebab den ni kan comel cam Hello Kitty. hakkk tuihhhh NABILA! weyh gurau jer weyh.. den suko hello kitty sebab die comel ala manja kelas kau jah. Dia kan pinky-pinky whity-whity gituuuuuuu~
 
comel kan kan kannnnnn~
peace no war!


Sunday, October 7, 2012

Mengira Hari.

Lagi 10 hari. Lagi 10 hari ni.. Lagi 10 hari aku bakal berumur 22 tahun. Dah makin tua rupanya aku. Rasa macam baru semalam aku dihantar pergi ke sekolah oleh ayah. Rasa macam baru semalam aku melambai tangan dengan kengkawan setelah tamat SPM. Rasa baru semalam.. (nak tua ni, semua nyer nak rasa macam semalam) HAHAHAHA! Tak sangka udoh nak 5 tahun aku ni hah tak pakai lencana sekolah, name tag bagai, berdiri di tapak perhimpunan. aisyhhhh! TUA TUA TUA TUUUTTTTtt

ibu masa umur 21 dah kahwen dah. aku 22 boiprentot pong xde. nasib gadis berjerawat.. (TAKBAIK NYER AKU)

udoh besar anak perempuan ibu ayah ni, tapi bila nak berhenti merengek kat ayah ni.. goshhhh! Kesian ayah, Kesian Ibu. Bukan senangkan ibu, ayah.. nak membesarkan seorang anak perempuan. Bukan senang.. satu hari nanti adik akan rasa apa ibu ayah rasa masa membesarkan adik. ayah ibu, plz pray for me. Doakan adik mampu menjadi setabah kalian. Aku seorang anak perempuan mereka dari 4 beradik. 

Membesar dalam kalangan ramai lelaki, buat aku rasa im princess. I know, kadang-kadang aku membuatkan mereka rasa "YOU ARE SICK, nabila". aku merengek, aku mengada, aku nak itu, nak ini. Aku dapat apa aku nak. walaupun adekala aku mengecewakan mereka.  i'm sorry brothers.. i'm sorry dad. i'm sorry mom.. 

EYH! ape sedih-sedih ni..

as usual, before birthday mesti ramai yang dah wat wishlist dia kan kan kan.. me too!! me!! me!! HAHAH! I have one, two, three, four, five, TEN! tamak nyerrrr.. 

WISHLIST PERTAMA.
-let me n allah knows bout this.. HIKHIK!

WISHLIST KEDUA
-aku nak penuhi koleksi HK!!! HK? HELLO KITTY cuppy cupcake cutiee..(yang berlakang tuh sound effect semata) HAHAHAH! tapi aku dah dapat anak patung HK and Bantal HK from K.A.M.I SENGAL and kalkulator. Kali ni, nak beg HK, baju HK, cover tab HK, tudung HK boleh? 

WISHLIST KETIGA
-teringin sangat nak dapat bunga-bunga ros kaler pink masam n biru. pastu ade cekelat2 n cekedish cekedish terselit kat celah jambangan bungaa tuh. Sweet kan kan kan.. HIKHOKHIKHOK. Taknak la ade semut. Takde bunga ros pong tak per. Bunga lily ker.. jangan Bunga tahik ayam sudah..


p/s macam ni cantik gak. 

WISHLIST KEEMPAT
-aku baru dapat sambung galaxy tab 2 dari ayah.. htc phone dari ibu. kita nak KAMERA. (apa kita-kita ni) aku nak kamera. Sebab kamera pink aku dah rosak. 3 tahun usia kamera tuh. Bila tangkap gambar boleh, tapi bila preview gambar. AHHHHH!!!! ade garis-garis sesuaka ati tambah parut.. EYH! kamera casio tuh comel kan?

WISHLIST KELIMA
-oleh kerana birthday aku jatuh pada 2 hari before aku tamat praktikal. Aku harap sangat hari tuh, aku berpraktikal dengan senang ati dan suka ati. HAHAH!

WISHLIST KEENAM
-aku nak kenduri arwah atok diadakan. alhamdulillah dan insyaallah akan diadakan pada jumaat malam sabtu minggu depan. I miss u grandpa.. badly. 

WISHLIST KETUJUH.
-errr ibu, can i hve red PREVE.. hari tuh kan kita sama-sama puji PREVE.

WISHLIST KELAPAN
-kita nak kek. kek pelangi yang 7 kaler tuh. pastu kan atas tuh kita nak ade HK, dan cream die kaler pink. Tulisan kaler biru. boleh takkk... HAHAHAHHAAH!


p/s hah macam ni laaa.. tapi nak 7 layer boleh?

WISHLIST KESEMBILAN
-aku nak mereka-mereka yang pernah bermusuh atau membenci aku, maafkan aku dunia akhirat. 
-aku nak mereka-mereka yang pernah sayang aku, menyayangi allah lebih kuat.
-aku nak mereka-mereka yang aku sayang, sentiasa sihat bahagia dan di lindungi dari api neraka.
-aku nak persahabatan aku dengan meeka-mereka yang aku sayang, kekal..




HOHO! tamat dah.. walau apa yang aku senaraikan.. itu semua yang akan aku usaha kan. insyaallah... errr.. tapi mana tau kan kot kot.. kot la kannnnn, kot ade yang bagi aku kamera lepas tuh lamar aku macam dena bahrin tuh. HIKHIKHIK! sweet kot. (gurau ok)10 hari lagi hari kegembiraan, 12 hari lagi.. "NABILA dont cry sbb nak tinggal kan hospital OK!"


pic copied from google images

Saturday, October 6, 2012

SAHABAT,KAWAN, dan KENALAN?

Ape maksud KENALAN? KAWAN?  SAHABAT? Wujud ker perbezaan ni? Sedangkan ia kelihatan sama jer. kita tuju pada seseorang atau benda hidup. Tapi kita mesti tak sedar kan sebenarnya ade perbezaan sedikit mengenai maksud 4 perkataan ni. Kalau tak ade perbezaan langsung takkan la masa zaman budak-budak dolu-dolu, kalau buat biodata mesti nak ada "KAWAN BIASA, KAWAN SEJATI, KAWAN KARIB" kan kan kannnn? mesti adaa beza kan. Aku ni tak arif sangat maksud-maksud ni. Jadi malam ni terdetik nak tahu apa maksud ni since ada kejadian terjadi kat aku.

aku google n amik pendapat sesetengah blogger lain..

SAHABAT.
-sahabat ni lebih senang kita kata, seseorang yang tak miliki talian persaudaraan dengan kita (macam adikberadik) tapi bila bersama dengan dia kita rasa selamat sangat. Mereka tak semestinya miliki minat yang sama dengan kita. Manusia yang memberi kebaikan serta menghindarkan keburukan untuk kita. Yang menjaga aib kita, yang sentiasa ada waktu kita susah dan senang. Yang berada di sisi kita ketika sedih, yang mengembalikan senyuman kita ketika ada tangis di wajah, yang akan berjuang untuk kita. Sama lah seperti kita, memberi kebaikan serta menghidar keburukan pada beliau. Yang memahami kita dan mengenali kita serba serbi. Macam cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit. EYHHH! HAHAHAHH! Sahabat juga kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.





KAWAN.
-kawan ialah mereka yang boleh dikatakan miliki persamaan dengan kita dalam satu-satu perkataan. Seperti hobi, minat atau apa saja. Atau senang kata, yang kita boleh masuk satu kepala. Yang boleh dibawa berlepak. Selalu nye kawan ni lebih kepada ketika seronok dan berhibur. Mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

KENALAN.
-kenalan ialah seperti hubungan kita berinteraksi dengan seseorang tetapi kita tak pasti kewujudan dia serta kita hanya mengenali dia sipi-sipi sahaja. Macam contoh, kau kenal ALI dekat FB, kau tau siapa dia hanya melalui biodata die serta bila dia perkenalan kan diri. Tapi kau tak tau die ni betui-betui wujud ker tak. mungkin nama die sebenar die ialah ABU. Jadi kenalan ni kita harus lebih berhati hati di masa kini. ade kebaikkan serta keburukan. 


Korang ada kawan? kenalan? sahabat? mesti ada kan.. wajib ada walau seorang. Bukan semua orang boleh masuk dalam dunia kita. Hanya insan terpilih jer kan. Aku pun ade SAHABAT, KAWAN, serta KENALAN.  AKu ade SAHABAT. seorang SAHABAT yang aku sayang. cinta. rindu. segala perasaan ada untuk dia. EYHHH! die seorang perempuan. Cinta yang aku kata, adalah bukan cinta bernafsu k.

Aku sayang die. Sampai bebila pon hati aku sayang die.. 10 tahun persahabatan ni, tapi hancur kerana aku yang mintak supaya ia menjadi KAWAN aku sahaja. KENAPA? kerana aku sayang die. Hati aku sentiasa risau mengenai die. Hati ini, sentiasa merindui die. Malah, aku pernah kata pada ibu, kalau aku terpaksa korban nyawa untuk die, mungkin aku lakukan. Kerana die bagaikan saudara aku. Bila masing-masing mengejar kejayaan dan kehidupan, kami jarang berhubung. Dan aku, manusia yang sangat merisaui die. Dan tak mau ade kesedihan wujud di wajah die. Kini, aku belajar hidup tanpa ade sahabat bernama die. 
Bukan senang. SUSAH SANGAT. Sebab, aku bagai kan budak kecik didepan die. Yang baru belajar mengenali dunia. dulu.. segala yang aku lakukan dia ade. segala kesedihan aku kongsi dengan die. Apa aku ade, aku akan kongsi dengan die. TAPI bila segala bertukar menjadi KAWAN, aku belajar berdiri di kaki aku sendiri. aku belajar menjadi lebih kuat. Aku belajar mengawal segala nya. Aku belajar menangis seorang diri. Kalau kini, orang bertanya mengenai dia, aku akan kata aku tak tahu..


HAHAHA! tak payah cerita banyak. berkawan bia seribu bercinta bia satu.


SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

Hye korang! Macam yang dah tersebar di laman blog2.. Lyssa ada buat segmen
"Kenapa Aku Berblog?" 
korang pong ada join jugakkan? kan kan..
Kenal tak sape lyssa faizureen ni?
nak kenal klik SINI!


1. KENAPA KORANG BERBLOG?
Kenapa erk? actually, aku berblog sebab aku suka baca blog-blog mereka-mereka yang femes ni. Macam Fyna, Dr.Totinx, Fatin Liyana, Irine Nadia, HazHand, Terbang Tinggi-Tinggi. Banyak info yang kita boleh dapat dari dorang. Kesihatan, Kecantikan, Kehidupan and Motivasi. Dan aku juga mengharap aku one of them. Tapi mana aku reti nak bermotivasikan orang ni.. 

2. MACAM MANA KORANG BOLEH TERJEBAK DENGAN DUNIA BLOGGING?
Sebenarnye aku dah berblog dari 2 tahun yang lalu.Before LYSSA terjebak dari dunia blog lagi. Kan lyssa.. kannnn.. aku terjebak ke dunia ni, sebab aku suka tengok blog2 mereka yang aku senarai di atas. Dan ia di perkenal kan dan diajar oleh seorang member aku, UMMU. aishhh~ waktu tu kami aktif. Tapi aku delete blog lama, dan membuat blog baru yang korang tengok ni.

3. APA TUJUAN UTAMA/ASAL KORANG BERBLOG?
Tujuan aku, ialah aku nak share segala keseronokan yang aku alami setiap saat kalau boleh. ngeee... Tapi mana ade masa nak menaip ajer kan. 

4.APA YANG MENARIKNYA TENTANG BLOG AKU NI?
Tentulah sebab aku.. kihkihkih! mane ler aku tau. aku baru menapak balik dalam dunia ni. sedang berlajar menaip dan bercerita balik.. 

5. SIAPA YANG MENJADI SUMBER INSPIRASI AKU DALAM DUNIA BLOGGING INI?
sebenarnye, dari 1st blog aku dulu, aku sukakan blog kak fyna. Dulu, blog dia banyak ajar Adobe Photoshop. Sekarang die lebih kepada Kecantikan dan kesihatan. dye blogger yg aku mesti stalk setiap minggu.. then, aku suka blog Dr. Totinx. Tapi aku dah jarang stalk die. Die banyak menunjukkan mana ubat yang ok. selain tu, aku suka Wan Hazel pny blog. SANGAT KEMAS!

that all! tq membaca.. ngeee!

EYH! kalau korang nak join.. SEGMEN ini berlangsung pada :
 06 Oktober 2012 - ( 9.00 pagi - 9.00 malam ) - 12 jam sahaja ! 

HARI INI JER TAU!!!!!

Friday, October 5, 2012

Selamat pagi!


hye semua? Korang sihat tak ri ni woi.. 
semoga allah merahmati malah memanjangkan umur kalian semua..
semoga ikatan persahabatan ini turut di rahmati.
eyh! jangan penuhkan hari cuti ni, dengan gejala tak berfaedah tau..
pergi ler menebas semak ker, cuci longkang kerr..
mana yang duk kat KL tuh pergi ler gotong royong cuci cermin KLCC,
mana yang duk pahang, pergi ler menanam pokok2 strawbery ker, bluebery ker, rasberry ker..
HAHAHAHAH!
gurau k...

SELMAT PAGI SEMUA!!!!!




p/s walaupun dah pukul 1130 sekarang. hikhikhik :)