Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Sunday, September 30, 2012

Akhirnya..


Hampir sebulan lebih aku tak update ape-ape dekat blog. i'm busy. Totally busybody. HAHAHA! Hanya sempat blogwalking jer. Itu pong tak tinggal jejak pong.. sebab terlalu busy. uhhhh! Kalah PM uollsss..

Sebenarnya busy wat assignment yang tak seberapa tuh. TAK SEBERAPA? uhhhh~ penting2!! Setelah 10 bulan aku bertungkus lumus, menitik-nitik peluh ketiak bekerja di hospital.. maka tiba masa nya menghantar assignment and presentation. HAHAHAH! PELUH KER? tak pong, sbb kerja dalam aircond.  KEKEKEKEK! 

assignment aku bertajuk "AWARENESS OF USING SPILL KIT AMONG STAFF NURSE IN HOSPITAL RAJA lalallalalalalallalalalalal". Kenapa aku pilih tajuk ini, actually ni idea seorang jejaka tinggi lampai ABANG FAIZ. ramai diantara health proffesion tak ambil penting mengenai hal ini. selalu nye Spill Kit ni, digunakan bagi mereka yang bekerja di ward Cancer. Jika ubat-ubat cytotoxic ni tumpah, mereka yang membersihkannya haruslah menggunakan procedure spillage management. Kerana ubat cytotoxic sangat berbahaya bagi cell yang sihat. Ia mampu membantutkan cell kita. HAHHHHH~ bahaya woi..  Assignment ni berjaya siap dengan sempurna, atas bantuan seorang gadis kecik tapi aku lagi comel, WAWA. Thx makhluk!

Minggu lepas, tiba hari presentation aku. walaweyhhhh! aku sikit pong tak edit and praktis. Memang aku niat nak baca jer. Tapi malam before presentation tuh, member aku datang jumpa aku gitau
"weyh! esok 2 bas budak junior mai datang tengok"
WHATTTTTT!!!!!! 
HAMEKKK KAU! Aku sikit pong tak prepare ape-ape, sebab ingat present depan lecturer jer. aku ni udoh ler copet bona gugup. Naik jer rumah, aku terus tido. HAHAHAHHA! yelaaa, ubat kepada nervous adalah tido. maka disebabkan nervous melampau, aku tido awal la.. asal ntah cuaca di Penang hujan, dari tengah malam, sampai tengah malam jugak. Aku bangun pagi tuh, pong hujan.. ADUSHHHHH! aku tak boleh drive mase hujan.. 

pagi tuh aku lewat 5 minit sampai ke kampus. Baru jer nak duduk, sekali nama aku kena panggil. WHATTTTT! aku 1st presenter? BAGUSSSS! Akhirnya, aku bentang kan research aku dengan sepantas kilat nya. Dari 25 minit kepada 10 minit saje. CUKUP! tak payah banyak-banyak. HAHAHA! My lecturer bagi masa selama satu minggu untuk buat HARD COVER RESEARCH. kelam kabut den ni hahhhh! insyaallah esok research itu bakal di pos ker penang. 

semoga saya dapat As. Pointer naik, and saya boleh sambung study..
errrr tapi saya nak kahwen bu.

Friday, September 7, 2012

Isa Abdillah.


actually, malam ni nak kenalkan kau orang satu lagi artis youtube yang aku suke. Dari zaman myspace aku jatuh cinta dengan lagu die. uhhh~ dekat 4 5 tahun laaaa... tapi, dekat 2 tahun la aku memang tak stalk die. Die singaporian tau.

mula die wat cover dulu.. then tak lama die wat lagu die sendiri.


tapi tak banyak la..

oh yer gambar ni di copy dari FB die. Upsss, mmg aku stalk die kat fb. Minat giler kot dulu..


p/s sory isa, sbb amik gmbar u without permission.

Thursday, September 6, 2012

Sedut Kepala Bayi





Aku peminat surat khabar metro sebenarnyer. walaupun iklan dalam surat khabar tuh berhelai muka surat, surat khabar ni aku rasa, lebih dekat dengan rakyat. Tajuk die, memang gempak sgt. HAHAH!
Tapi hari ni aku memang sedih giler beli surat khabar ni, bukan kerana isinyer kurang memuaskan. Tapi kerana, tajuk utama ia "Sedut Kepala Bayi". Aku tak perasan tajuk utama
die, sebab masa beli surat khabar ni memang berlipat. uhhhh~ OK! tajuk die gempakkan.? isi die lagi gempak dan mampu membuat kita mengalirkan air mata...


astagfirullah al azimmmmm~

Ahli bomba berkenaan mengambil masa lebih dari tiga jam untuk memecahkan tandas tersebut perlahan-lahan dan berhati hati kerana bimbang akan mencacatkan tubuh bayi berkenaan. Mereka bergilir-gilir melakukannya.
Adli, salah seorang ahli bomba yang terlibat telah lebih 30 tahun berkhidmat berkata, beliau pernah mempunyai pengalaman dalam menguruskan mayat bayi namun kejadian semalam, benar-benar menyentuhkan hatinya dan hampir menitiskan air mata., Dan berharap ia menjadi yang terakhir.

selain itu, "siasatan mendapati ibunya yang berusia 16 tahun tersebut pergi ke tandas seorang diri untuk membuang air sebelum tiba-tiba melahirkan bayi. Sejurus dilahirkan, bayinya menggelunsur ke dalam mangkuk tandas dengan kepala terperosok manakala kakinya terjuntai."



Kalaulah aku adalah ahli bomba berkenaan, comfirm aku dah menangis. TAK SANGGUP lah, nak tengok bayi sekecil tuh.. Walauapapun, kita tak boleh blame gadis tersebut. kerana usia yang begitu muda, tak mungkin tahu sepenuhnye bagaimana mahu menguruskan situasi tersebut. Hanya die yang tahu apa yang terjadi..

p/s gambar di salin dari ohrojak.blogspot.com.

Nur Jannah Alia


Hye dan selamat malammmmmmm malaysian! ape khabar? mari dekat mari rapat..HAHAHHA! ade mcm penjual ubat selonggok 5 hengget tak? ceytttt! berbalik pada tajuk di atas..
siapa NUR JANNAH ALIA?
siapaaa?
siaaaapppppaaaaaa?

aku pon tak kenal siapa budak ni. Once upon a time, ade sorang budak kat Fb aku post satu lagu dr youtube. aku pon yang tengah free try la dengar. wohohoooo, sedap gak suara dye. OK laaaa, kire ni macam retis youtube la.. tapi die jarang upload video die. lagu ni pon actually die and band die wat mase may, 26 2010. 2 tahun dulu, Tapi asal gua BARU TAHU????


ni sebenarnyer lirik lagu YOU by Nur Jannah Alia.

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do





Tuesday, September 4, 2012

29 Februari

Ahad lepas aku keluar dengan budak si kecik, comel, plus gojes(bukan aku kata,die kate ler). HAHA! itu ler ciwawa, tp takde ler gambar die. so, tak boleh nak kenal kan. kita org keluar tengok 29 februari. dan pendapat aku mengenai cerita ni, cerita ni sangat laaaaaa boring! OK..

aku tipu! untuk aku rugi kalau xtengok.. sebab cerita ni berlainan sgt dengan cerita cinta yang ade kat malaysia. Filem 3D yang fantasi dan musical,.. dan die lebih mengenai cinta dan
perjalanan hidup Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali membuatkannya sentiasa ditinggalkan orang yang tersayang. Dia tengok, ibu ayah, kawan baik die (razak) serta kekasih die (Lily) meninggal dunia. oleh kerana dia ni tak makan di usia dia, jadi dia dapat menjalani kehidupan zaman pemerintahan jepun, dapat menyaksikan kemerdekaan, dan merasai 55 tahun merdeka. Kalau nak diikutkan usia dia menjangkau 120 tahun..


kisah ni senang di kata kan, cinta sepanjang zaman. Remiy Ishak sangat lain ok dalam cerita ni, lain dengan watak dia before ni. Dulu aku selalu dengar org kata die ni sesuai watak mamat bangla. NO! kali ni, dengan watak BUDI ni, dye seperti benar-benar lelaki melayu zaman dulu..

Dan apa yang best, lagu-lagu dalam ni, sangat feeling jiwang tangkap leleh giler...



(pssst! gua macam dah jatuh cinta lah dengan FORTEEN!)

KORANG KORANG semua mesti tengok cerita ni.. takkan mengantuk. kerana ni bukan serius tangkap jiwang leleh. kerana ade unsur kelakar dalam ni..




*ohye, doodles ni aku amik dari blog someone. tapi takingat siapa empunya die. cume doodles ni di save ade name mus1. SO, THANKS!!!!!! kepada empunya. comel sangat!