Tabung sumbangan

layout

si CANTIK & si HENSEM

nuff

Jom Klik


Get this widget here

Friday, August 31, 2012

31 Ogos 2012



Hari ini genap usia MALAYSIA merdeka selama 55 tahun dari penjajah.
Hari ini juga genap 55 tahun para pejuang kemerdekaan yang kita rasa ini terkorban di medan perang.
semoga 55 tahun hari ini, akan terus kekal.
Semoga kita tak akan dijajah kembali oleh mereka yang pernah menjajah kita.




p/s: lagu ni sedap kan.. i loikeeeee~

ALFATIHAH buat pejuang kita yang pernah terkorban demi kemerdekaan dan keamanan malaysia hari ini!


MERDEKA!!!!

Wednesday, August 29, 2012

Nak kurus?



Berat badan ni merupakan satu masalah paling besar buat kaum-kaum hawa ni. Dan di nasihatkan buat anda yang berlainan jantina dengan wanita, jangan lah bertanya mengenai berat mereka. uihhhh mak aihhhh! sensitip! mesti diantara mereka yang di tanya mengenai isu ini, akan kata..
rahsia!
cubalah teka..
lalalalalalalala~
OR
menipu berat mereka kerana mungkin terlebih.. upss

(actually, aku pon sebahagian diantara mereka)

masa aku sekolah dulu, last aku timbang berat aku 57. Berat aku naik mendadak kerana aku makan ubat adelerrrrrr.. OK itu time sekolah. after that, before aku masuk U aku timbang berat aku 55kg. HOHO! setahun, aku melepak.. 2 kilo jer kurang. ceyt! Tapi sebenarnyer, aku dari zaman sekolah memang mengamalkan minum teh herba. sebab aku ade masalah pembuangan.. then, berat aku makin menaik sehingga 60kg, diawal sem aku di U. Dan ketika sem 4, aku timbang berat aku cecah 63kg. OMA!!!! masalah bonaaaa aku! sookeyhhhh! bila org tanya, bila nak diet? aku mesti kata "ORANG GILA JER DIET!" 2bulan lepas, aku timbang sekali lagi selepas setahun tak timbang.. berat aku naik lagi 65 kg! uhhhh~ frust den! akhirnyer aku try bertanya dekat mereka yang pernah makan herba life and susu alpha lipid. BAPAK r! mahal nyerrrr.. memang berkesan tapi mahal.. acaner? aku bukan anak org kaya, student lagi tuh. seminggu satu tin? ahhhhhh!!! tension aku! last2.. aku nekad mengamalkan puasa sunat sambil mengantikan puasa wajib.uhhh!

Aku amal kan puasa, dan aku berbuka dengan sup ayam and nasi. Nasik? ohhh no!!! aku try stop nasi. aku gantikan dengan OAT! HAHAHA! ramai yang tak suka kan oat kannnn.. oat memang sangat tak sedap kalau di makan kosong. Tapi aku cuba tukar dengan pelbagai hiasan. Aku taknak terlalu crush diet, jadi aku amal kan oat dengan lauk. minggu kedua aku tukar, oat dengan buah-buahan. woiii! oat sangat sedap makan dengan strawberry laaa.. hikhik! tapi mana nak mampu beli strawbery jer, aku tukar kepada epal. Sedap gak. kemudian aku minum air yogurt or any juice secawan. Sebab, kan aku dah kurangkan banyak kalories untuk sehari punya makan. Dari pukul 8 malam sehingga 530 pagi, aku akn usahakan minum air masak sebanyak 1.5 liter. takde lah sampai aku tak tido kan, kul 12 aku tido, pukul 5 bangun la untuk sahur.

ape resipi OAT aku?
1) oat+milo sesudu+buah-buahan.
2) oat+susu HL+buah-buahan
3) oat+sup ayam+sayur
4) oat+any lauk pauk yang kurang minyak

TAPI, control diet yang aku amalkan, hanya akan dilaksanakan pada hari bekerja. Pada sabtu ahad, aku makan nasik. cuma kurang dari biasa. Aku juga mula mengira berapa kalories yang aku amik sehari.

2 minggu kemudian aku pergi Shah Alam, pergi melepaskan rindu terhadap sorang akak ni. Die suruh aku timbang. aku taknak. TAKUT! takut kalau diet tak menjadi. Esokn
ye, aku timbang. OMA!!!!! 4 kilos turun~.. 4 kiloolololooooooooo!!!!!

woi! orang kampung, berat aku turun 4 kilo tanpa suppliment lain.

bukan senang nak kurus, mesti lakukan sedikit pengorbanan. kalau kau taknak bersusah dengan diet, kau kena korbankan duet. Tapi ia bergantung pada metabolism badan kau jugak, if kau minum ape pun, makan pil ape pun.. kalau metabolism kau rendah akan lambat caranye. Itu pesanan ringkas dari someone yang pernah mencuba minuman kurus kan ni.

Dan, akibat aku mengamalkan diet, baju yang aku tempah sebelum puasa untuk hari raya tak boleh di pakai.. kerana, berat aku turun kepad 58kg and baju tuh menjadi besar untuk aku. terpaksa beli baru. sedihhhhh~

Pesanan sorang dietnutrition pernah ckp,
orang gemok pun boleh kurus. tak ade masalah. Cuma..
1) jika kau makan nasik selama ni satu cawan, ape kata kau try makan setengah cawan.
2) jika makan seketul ayam, apa kata kau makan dua tiga cubit ayam lebih kan sayur.
3) jika sehari kau makan 1000 calories, cuba kurang kan kepada 3/4 dulu..
4) makan sikit, tapi kerap dan selang seli kan dengan melakukan sesuatu kerja. Walaupun hanya mengemop lantai.

Pesanan kawan aku,
1) minum air masak sebelum tido dan apabila bangun tido minum air masak sebelum gosok gigi jika mahu perut anda kempis. HOHOOO!

2) jika berdiet saja, tanpa mengaktifkan diri, tak jalan kemana kakkkkk oiiii!

Pesanan dari buku RAPI keluaran terbaru kata
1)Untuk meningkatkan metabolisme yang tinggi, makan dengan kerap (tapi bukan kuantiti yang BANYAK OK) dan lakukan senaman 3 atau 4 kali.

2)kira kalori yang kau ambik. Dan sila, jangan meninggal kan nasi sepenuhnye, kerana kita memerlukan karbohidrat untuk membakar lemak . begitu jugak protein.

3) cuba lebih aktif . seperti berjalan kaki, kemas rumah, berbasikal atau apa apa saja. jangan asyik ngadap internet or tv ajer.. (eyh! aku yang terasa di sini)

p/s: jangan terkejut.. aku pernah baca satu kajian ni mengatakan. Tidak cukup tidur boleh mengakibatkan masalah berat badan. bukan pengurangan ok? tapi penaikkan berat badan..

sekarang dah lepas raya, diet aku pon ntah hilang beraya jugak. Next week kena start balik.. JOM kurangkan berat tanpa mengeluarkan duet...


Thursday, August 23, 2012

Siapakah Cik TOM?


siapakah cik tom wahai blogger semua?
korang kenal tak saper die?
jiran aku pon ade gak nama cik tom. Tapi rase nyer jiran aku tuh tak main blog2 ni.. erkkk! siapa die woi?

cik tom tom bak ker?
cik teTOMei ker?
cik TOMei ker
huhu!

actually kite pon tak kenal siapa cik tom ni.. tadi, baru 10 minit yang lalu. kita g jejalan kat blog blog siapa pun kita tak kenal, sekali ternampak CIK TOM kat shoutbox. EYH! click2!

oooooo!! cik tom ni gadis tomato. kreatif!

entry die paling atas, die post pasal die nak buat giveaway ke2. kita tak pernah sertai mana2 giveaway dengan blog baru ni. jadi ape lg, dengan rasa mengantuk kita taip la jugak..

nak masuk pertandingan ni ada 7 syarat. uhh~! macam nak pinang puteri gunung ledang.. KIHKIHKIH! ampun! syarat2 nyer adalah.... jeng jeng jenggggg! (copy jer ler dr blog cik tom senang citer)

1. Wajib buat satu post entri berkaitan giveaways ini untuk melayakkan penyertaan anda. Tajuk entri adalah bebas.

2. Dalam entri, sila nyatakan dari mana permulaan korang kenal blog ciktom samaada blogwalking, google search, first time kenal untuk join giveaways ataupun mana2 je.

3. Nyatakan artikel mana yang terbaik di blog anda sendiri (blog peserta) berserta link dan sebab kenapa korang suka artikel tersebut. Buat seperti promosi artikel terbaik blog anda ye.

4. Tidak dibenarkan guna blog contest. Entri mesti dibuat di blog utama.

5. Tarikh tutup giveaway ialah 31 OGOS 2012 dan mungkin lagi awal bergantung pada budi bicara cik tom.

6. Penaja boleh turut serta dalam giveaway ini tapi pihak penganjur iaitu cik tom dilarang sama sekali. hehe…

7. Setiap penyertaan perlu masukkan di akhir artikel; “Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati,Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy,Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”

so, cik tom.. kite kenal cik baru jerrrrrrr 15 minit. itu pun kebetulan cik, saya jmp cik dekat shoutbox saper tadi. and, kalau cik datang melawat blog kita, cik mesti boleh cam kan kan kan kite baru buat blog ni.. jadiiiiii, dengan ini syarat no 3 cik tuh, saya boleh kata saya suka artikel "LEE CHONG WEI IS MALAYSIAN'S HERO"! YEAHHHHH!!!!! UItm DIHATIKU,chong wei di hati! walaupun ia tak mendapat statistik tertinggi dlm blog saya, tapi sy suka lah. jd suka ati la kan, sy nak suka yang mana... kenapa saya suka artikel ini, sbb sebenarnye saya tak suka sukan. tapi ketika perlawanan ni di adakan, saya menonton nye. Dan tanpa di sedari, saya menonton nyer dengan kusyuk dan menitiskan air mata ketika kekalahan berlaku. walauapapun, "dato, gua bangga dengan u dato. U re the best!!!!!'

*scroll scroll bawah

hadiah-hadiah nyer.. jeng jeng jeng!!!!

1. Post entri paling menarik dan kreatif- RM50 + keychain handmade+ 2 brooch x 1 pemenang

2. Cabutan pertama- RM30 x 1 pemenang

3. Cabutan kedua, ketiga- RM20 x 2 pemenang

4. Cabutan keempat- shawl + 2 brooch handmade + keychain handmade x 1 pemenang

5. Cabutan ke 5, 6, 7- sepasang brooch handmade+ keychain handmade+ pendrive case handmade+ hp strap handmade x 3 pemenang

6. Cabutan ke 8, 9 - Original Laptop Sleeve Case Berjenama Esprit x 2 pemenang

7. Cabutan ke 10- Perfume + Bracelet x 1 pemenang

8. Cabutan ke 11- Minuman Fiber – Green Fit x 1 pemenang

9. Cabutan ke 12, 13, 14, 15, 16- RM10+ shawl+ inner x 5 pemenang

10. Cabutan ke 17, 18, 19 dan 20- RM10 x 4 pemenang


menarik weyhhhh! errr cik tom, boleh tak saya nak menang numb 1?

~TAMMAT~


p/s ciktom, cheq mintak ampun nah kalau ade salah silap. tapi nak numb 1 tuh mmg xde silap la. mmg cheq nak. HAHAHAH! gurau2! selamat ari raya...


Monday, August 20, 2012

Sebelum Zaman Facebook


sebelum wujud nya zaman kegemilangan muka buku ni, dah wujud banyak social website yang lain. tapi asal ntah tak sefemesh dengan si mark buat ni. tak tau la mana hebat nye website colour biru ni. bermacam-macam lagu wujud dari facebook ni. tapi kan, hebat jugak laaaaa...
sebab ramai jugak orang yang dah bertemu jodoh di muka buku ni. Tapi ade jugak berakhir di twitter.. eyh? HAHAHAHA! *gurau. Lagu tuh.

Moh tengok statistik sikit pasal pengguna facebook ni. dasyat ooooo! Orang Malaysia pegang ranking ke 17 untuk tahun 2011. Dan berdasarkan blog.smartusaha 71.76% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook dan kira-kira 46.37% rakyat Malaysia adalah pengguna Facebook.

huhhhh! dasyat an an annnn...
hampir separuh rakyat malaysia tuh.

Back to my tittle. SEBELUM zaman facebook, telah wujud pelbagai laman social lain. misal nyer....

1. Friendster
ingat tak, hampir sepoloh tahun lalu femes giler friendster. waktu friendster sangat femes tangkap gambar tulis pegang krtas A4 nama orang lain. ape erk kita sebok? adoi! tag ker? HAHAHAHAH! mungkin budak yang lahir tahun 1992 dah tak tahu friendster. Sebab, zaman kegemilangan tuh bertukar ker..

2. Myspace.
zaman myspace aku lama sikit. Adalah 4 tahun. kihkihkih! Tapi ada orang yang lebih lama. ramai jugak yang aku follow di my space sampai ke facebook. Di myspace, femes komen gambar. berebut-rebut mengomen gambar. 'comment my pict, n i'll comment back'. kalau nak banyak dapat komen, orang komen satu, kita reply jugak kat gambar tuh. kan dah dpt 2 komen. HAHAH! Myspace lebih syiok dari Friendster sikit r, sebab Myspace kita boleh edit profile. uhhhh! ramai designer Myspace dulu. kreatif sumer nyer. then, die ade top list friend, yang numb 1 mesti kayu2 balak, atau kayu2 jati. eyh! girlfriend n boyfriend. then di ikuti BFF. TAPI, myspace semakin berat..

3. Formspring

formspring naik seiring myspace. dulu, dekat profile myspace, mesti ade yang wat cam ni 'sila tanya di SINI' siap bubuh link. HAHAH! beribu2 soalan, sampai dah xtahan menjawab soalan yang banyak sengal, ade yang delete akaun. atau pun biar berhabuk. dekat sini, para blogger and kaki twitter mmg ramai. follow my blog, follow my tweet tweet macam gambar di bawah ni.. ishhhhh!

tp formspring ni macam dah banyak maju jerk. boleh upload2 gambar, tag-ing2. poke-ing2 jer tak ade lagi.. tapi ramai jugak yang dah beralih arah ker twitter.. sebab ramai yang da ask quest "ade twitter tak? follow kita, nanti kita follow awak"

4. Twitter.

dolu-dolu, twitter femesh dengan para retis, siapa buat twitter dolu, sbb nak follow artis deme pny perkembangan. senang ckp stalker terhebad la. dan sekaran pengguna FB, sudah ramai yang ade twitter. twitter ni, xe la Like-ing2, Poke-ing2. Tapi ade la Tag-ing2 and hashtag(bonar ker aku eja?). ade trends everyday. uhhh! senang kata, twitter ade la laman di mana buletin tv3 pun kalah. Kelajuan penyebarannya pantas. kau xperlu tgk akasia ker,samarinda ker, jozan ker, ape ker.. baca twitter pun kau dah tau permulaan sebuah cerita sampai ker akhir.

uhhh~ gambar background aku farid kamil.
ak ni xla minat sangat dgn farid kamil ni.
cuma terjatuh cinta dalam lagenda budak setan tuh.

selain ape yang ak senaraikan ni, ade jugak HI5, tagged, tumbler, YM, n sebagainnye. aku ade semua tuh, tapi dah delete. merepek sangat dengan virus lucah tuh. kalau facebook ni sebar virus jugak, gua delete. HAHAHAlaa

Sunday, August 19, 2012

Perbezaan hari raya.

Assalamualaikum,
hai everyone!
Happy Eid Ul-Fitr 2012! May the blessing of ALLAH fill our life with happiness.

eyhh guys, perasan tak sambutan hari raya sekarang dah berbeza dengan 10 tahun dolu2.
korang tak perasan ker?
TAKKKK????
kenapa aku terasa?
kerrrrr aku jer yg perasan?
atau kerana umur aku semakin meningkat? OMA!!!
22 yrs old kan muda lagi..
kemonnn nabila~
no no no! aku yakin korang pun berperasan seperti aku. kita sebayakan. errr, umur korang berapa yerk? HAHAHA! ok! boleh nampak la perbezaan dulu dan sekarang. jom! kita buat perbezaan 10 tahun dulu dan hari ini. kita buat kenyataan ni lebih kukuh.

10 tahun dulu,
1. Duet Raya. Dulu, merata orang bagi 5kupang. paling common la. kalau dapat seyar tuh, kira orang yang bagi tuh kaya lerrrr.

2. Kueh Raya. Opah-opah zaman dulu, awal puasa dah sebok mencarik pisang nak buat kerepek. duduk ramai-ramai 'sagat'(betui ker aku eja) pisang. then, share kerepek tuh sorang sikit. dulu, kueh baukau, pun setiap rumah buat sendiri. eyh! BAHULU. kueh sampah, kueh semperit mata ceri merah, kueh tat, kueh batang burok, putu kacang, kadang-kadang siap buat pulut wajid plus dodol lagi. Buat ramai-ramai, sampai setiap rumah kueh sama.

3. Panjut. dulu, setiap tahun.. tak tahu la kampung korang kan, ada pe
rtandingan panjut dekat setiap rumah pada malam raya. uhh~ malam raya lah malam makan asap. asap panjut dengan asap lemang. eyh! hahah! para atok2 ni, sebok cari buluh bila minggu puasa yang pertama. ada buat panjut ikut buluh, tin, dan ada yang beli. dolu murah. lepas tuh ramai budak-budak keliling panjut main mercun and bunga raya. eyh! rindunyer...

4. Baju Raya. dulu, ada baju kurung and baju kebaya jer. belum wujud lagi baju kurung moden.

5. Kad Raya. dulu penuh kad raya. Penat postman kena hantar kad raya setiap rumah. Hari-hari mesti postman mai. Dia la tetamu utama sepanjang ramadhan. TAPI! time hari raya pertama, die tak datang. Raya ketiga baru datang balik. Budak-Budak mesti se
bok pergi kedai juai kad raya, beli banyak-banyak. Bagi cikgu-cikgu, kawan-kawan, boipren, girlpren.

6. Budak-Budak. budak dolu-dolu, "Assalamualaikum, acikkkkkkk nak raya." mesti rasa setiap kueh, walaupun seketul setiap satu. Duduk 10 minit, baru jeling, kenyit-kenyit mata kawan nak balik.

eyh! cukuplah banyak plak karang. (padahaltakderidea)

Hari Raya Hari ini,
1. Duet Raya. seringgit tuh yang common. tapi bukan untuk satu rumah. Untuk setiap orang yang dah berkerja. ukalau ade sepoloh orang yang bekerja dalam rumah tuh, maka sepoloh hengget la budak tuh bakal dapat. Kalau dua ringgit, hahhhh kira lah sendiri. HOHO, ada sorang brader ni pernah cakap kat aku, pernah satu tahun ni, anak dia dapat seringgit buat sampan mainkan kat longkang. huhhhh~ dasyat.

2. Kueh Raya, malam raya lah malam di tunggu-tunggu. "kak longgggg, 3 bekas sepoloh hengget! 3 sepoloh hengget!!! beli 6 percuma 1!! marii-mariiiii~" the power of hands!

3. Panjut. eyhhhh! ada lagi ker panjut? ade lahhh, tp satu kampung 2 3 rumah jer. Selebih nye, pasang lampu kelip-kelip, tanglung bintang bulan.. Cantik. Tapi dah takde asap panjut. jadi budak-budak main mercun kat rumah sendirik-sendirik.

4. Baju Raya. eyh! cantikkan baju shila amzar pakai masa berbuka puasa ape ntah yang kaler pink tuh.. name apo tak ingat la den. sekarang dah banyak baju kurung yang dah di upgrade kan. ade ropol-ropol, renda-renda, 2 3 lapis. cantik, tapi... eyhh can
tik cantik cantik.

5.Kad Raya, whatsapp kan ade, lagi cantik icon-icon dia. LINE pny sticker lagi cute. korang ade? jom tukar id. EYH? asal postman datang hantar bil hp aku plak ni, kan da bayar.. err sebulan yang lepas kottt

6. Budak-Budak. "assalamualaikum, acikkkkk nak duet raya." nak duet boleh tapi kena makan dulu. Baru nak hidang air, dah nak balik... grrrrr

Hari Raya aku hari ini, uhhhh~ penat giler "ibu, orang kampung kita
ramai dah pindah ker? atau dorang tak balik kampung? ker ruah kita ni orang tak nampak?"

HOHO!
walauapapun, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SEMUA!
Hari Raya bukan lah hari untuk kita bersedih,
tapi hari meraikan hari kemenangan kita.
hari sepatut kita bergembira.
mintak maaf, kalau aku, ade buat salah n silap.
walau sekecil zarah walau sebesar kuman.
peace no fight! maju lah diri, demi agama!

Monday, August 6, 2012

lee chong wei is malaysian's hero


semua rakyat malaysia turut menitis air mata,
bila ade di antara mereka yg membaca tweet dr dato' "i'm sorry"
aku pun nangis!!!..
pdhal ak xminat sukan pon..
kebetulan jer terpasang.
fuhhhhhh~
smbil tuh ak online twitter..
ye la as we know, twitter kan da mcm buletin utama. every second update news
.
sampai saat ak update ni pun, msih ramai rakyat yg meng-update ttg isu ini.
kita tewas dgn lin dan..
tewas sikit jer masa tuh..
tak per dato, kami tetap bangga dengan dato'
walaupun baskin robin terlepas, nasi kandar terlepas..
ape yg dato lakukan semalam, kami nampak usaha dato'
u are number 1 !!!!!
u did yur best, n there's no need to be sorry.
yur attitude wins heart!
u are our champion..
u cry, i cry!!!!

p/s we love u, not yur medal. we PROUD with u!!!!

Saturday, August 4, 2012

Akhirnya!


akhirnye, gua berjaya mencreate kan blog ni balik.
pening pale ak godam nak edit semua ni..
lama sgt ke gua xpegang lappy edit2 ni..
ok! 8 bln da. after lappy gua kena curi.
xper pencuri, gua HALAL kan..
nt susah plak lu nak crik guakan.

gua open blog member, search org2 lama2 yg mmg gua pernah follow up tutorial dorg dulu..
fuhhhh~ satu pun gua xjmp.
acaner ni?
pikir punya pikir.
ohhhh! blog asip!!!!! yes~
godam blog asip, woit! mane lu letak lu pny follower hah?
mata da 4 xnmpk lg ker kak oiiiiii..
akhir nyer gua jmp senarai blogger lelama kat blog asip.
tp, still xde yg gua pernah follow. acaner?
hentam ajer laaaaa labuuuu...

n YESSSSS!!!! ini jer hasilnyer.
header? Adobe photoshop xleh install kat netbook kecik ni..
sadiss tol malam ni..
ni yg mula feeling ombak rindu ni..
ombak rindu dayu mendayu kat lappy lama tuhh..
grrrrr.. sabar bella!
hentam lg. sementara ade yg nk sedekah header kat gua kannnn
adekerrrr?

opsss! gua jmp ni bro...

nmpk x bella tuh?
hah tuh blog gua masa gua mula2 meet up dgn asip dlm dunia blogger ni..
actually, gua pun da lupa nama blog gua ape nokkkk...

im back!!

dear blogspot,
mesti kau sedih gile kan..
sebab gua dah come back..
ye la, gua tau kau rindu gua blogspot...
KAHKAHKAH!
gua pun rindu kau blogspot.
rindu gilerrrrrrr...
babe, gua lg rindu blog lama gua,
give me back boleh?

lps ni tlg update kan blog gua selalu ok blogspotttttt terchintaaaaa